Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Pakej Lengkap Suntikan Dream Wheels

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-03-14
in UTAMA
0

Sedan bersaiz penuh dari Jepun seperti Camry, Accord dan Teana dan kini berhadapan dengan pesaing baru dari Korea, Hyundai Sonata dan Kia Optima. Ia bukanlah persaingan yang baru malah tradisi ini sudah bermula sejak dekad 90-an lagi. Namun maksud persaingan telah dijelaskan dengan lebih terperinci lagi oleh gabungan Hyundai-Kia sejak pertengahan 2000 bila mereka lebih serius menghasilkan sedan yang jauh lebih baik.

Sebelum ini, Sonata dan Optima adalah sekadar sebuah kereta pilihan yang murah berbanding pesaingnya dari Jepun. Namun bila menyedari pasaran premium ini bukan berkenaan soal harga, Sonata dan Optima direka dengan model yang lebih elegen dan berprestij. Malah dalam banyak situasi, kedua-dua kenderaan buatan Korea Selatan ini jauh menyaingi spesifikasi sedan Jepun dalam kelasnya. Mereka kini serius melabur dengan firma Eropah dalam menghasilkan kereta dengan kualiti lebih baik, enjin yang jauh berprestasi dan juga transmisi yang lebih maju di hadapan.

Natijahnya, jualan kereta ini melonjak mendadak. Dengan pakej rekabentuk badan yang lebih menarik, kereta-kereta ini tidak lagi berada dalam kelas segmen kereta ‘murah’. Sonata dan Optima hari ini tidak lagi dijual sebagai kereta pilihan kedua. Mereka memang benar-benar mahu bersaing di peringkat global.

Menghasilkan kereta yang baik sudah tentu memerlukan modal yang besar. Ia hanya diperolehi jika volum jualannya setimpal dengan kos penyelidikan dan pembangunan. Justeru Optima generasi baru yang dikenali sebagai K5 ini datang dengan pakej promosi jaminan yang lebih meyakinkan dan juga servis selepas jualan yang lebih baik setelah hak edarannya diambil alih oleh Kumpulan Naza.

Bagaimanapun, kereta yang sempurna sering mengalami masalah kekurangan upaya sistem bunyi bagi penggemar audio yang serius. Ya, melainkan anda membeli sesuatu dari Mark Levinson atau B&O, selain dari pengeluar OEM ini, audio kereta adalah biasa sahaja. Penambahbaikan bukanlah sesuatu yang asing khususnya bagi mereka yang benar-benar mahu mengangkat mutu audio mereka seperti pemilik kereta ini. Sebagai permulaan, pemain utamanya telah digantikan dengan Pioneer DEX-P99RS; pemain aktif terbaik yang boleh anda perolehi di pasaran.

Kelebihan output kuasa dari pemain ini digunakan sepenuhnya dengan sambungan terus pre-out kepada 4 unit amplifier. Amplifier tersebut ialah dua unit Genesis Dual Mono dan dua unit Genesis Four Channel. Kesemuanya digunakan untuk membekalkan kuasa kepada sistem tiga hala di depan dan 2 unit woofer 12” di belakang.

Amplifier buatan England ini amat terkenal kerana keupayaan ohm yang boleh ditala mengikut kesesuaian kegunaan. Dual Mono adalah satu siri amplifier yang dikelaskan kepada kelas G yang turut sensitif terhadap penapisan bunyi highpass, sangat sesuai digunakan untuk speaker jenis komponen. Namun bagi kes Optima K5 ini kedua-dua amplifier Dual Mono ini digunakan secara ‘independent’ untuk mengekstrak bunyi daripada 2 unit speaker 4” AD Development AD-W40 dan 2 unit tweeter pada pillar. Speaker pada panel pintu AD Development AD-W60 pula menerima kuasa daripada amplifier Four Channel tunggal. Ya. Memang menakjubkan!

2 unit woofer 12” Genesis mendapat kuasa dari amplifier Four Channel Genesis. Kesepaduan bunyi antara sistem 3 hala dan woofer ini tak perlulah saya ceritakan. Anda perlu dengar sendiri betapa tepatnya perangkaan bunyi yang ditala, kedalaman bass yang sampai tepat pada posisinya. Terima kasih kepada jajaran masa P99RS.

Susunan peralatan audio kereta ini juga cukup sempurna dan tidak keterlaluan. Fitmen yang dibuat pada bahagian but kelihatan kemas. Lampu dan logo Genesis juga dipahat secara sederhana pada ‘floor board’ dan juga speaker board bawah. Biasan cahaya kecil begini kadangkala lebih jelas dan bermakna berbanding sorotan lampu LED yang memenuhi ruang but.

Tidak dinafikan, rekabentuk K5 rekaan Peter Shreyer ini merupakan pakej penting dalam memastikan pembeli baru beralih melihat kereta ini. Ia lebih futuristik dan aerodinamik berbanding DNA dari Jepun. Apabila digabungkan sistem audio rekaan Dream Wheels audio pula, ia menjadi pakej lengkap. Ibarat lemang dan rendang di pagi Lebaran!

Previous Post

Teknologi Terkini Untuk Keselamatan Pengguna Jalan Raya

Next Post

Penyatuan Ideologi Sistem Audio & Teori Praktikal

Next Post

Penyatuan Ideologi Sistem Audio & Teori Praktikal

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved