Lazimnya, kamera dashcam dilengkapi skrin LCD tetapi untuk perakam video digital Blaupunkt BP10.0A ini tidak mempunyai sebarang skrin. Dibina menggunakan kejuruteraan Jerman untuk mengadaptasi teknologi yang kian membangun demi keselamatan pengguna jalan raya, perakam video digital buatan Korea ini didatangkan tanpa skrin untuk mengurangkan gangguan yang dihadapi pemandu ketika memandu. Dalam masa yang sama, meningkatkan sudut pandang dan titik fokus pemandu di atas jalan raya.
Pengawasan 24-Jam
Perakam ini kekal aktif walaupun selepas enjin kereta dan skrin LCD dimatikan kerana ia dihubungkan dengan bateri kereta dan tidak bukan menerima bekalan menerusi pengecas rokok.
Tanpa Skrin & Padat
Terdiri dari kamera depan dan belakang dengan sudut pandang berkeluasan 120° pada 2MP dan 110° dengan 1MP. Kedua-dua kamera ini merakam video berkualiti 1080P HD.
Teknologi Bebas-Format (Format-Free Technology)
Kad SD membolehkan semua fail data yang disimpan berada dalam saiz yang sama tanpa pelu melalui sebarang fragmentasi data. Tidak merumitkan dan mudah. Namun, anda perlu memuat-turun video-video penting kerana rakaman video lama akan dihapuskan secara automatik.
Pengesan-G (G Sensor)
Berfungsi sebagai pengesan meter pecutan yang mengawasi pemecutan kereta semasa pemandu sedang memandu. Pengesan-G ini mampu membezakan perubahan medan tarikan graviti, seterusnya memberi amaran kepada pemandu.
Pengawasan Parking Dengan Pengerakan Pintar
Ia berfungsi untuk bertindak semasa kereta tidak bergerak. BP10.0A akan diaktifkan tetapi tiada sebarang fail yang disimpan dalam kad memori. Sekiranya terdapat aktiviti dari bahagian luar seperti pergerakan atau getaran, rakaman akan dimulakan dengan 28.4MB untuk 28 saat.
Aras Voltan Bateri
Penalaan ini adalah untuk menghentikan peranti dari merakam bila-bila bateri lemah, secara tidak langsung menghalang bateri kering.
Aplikasi Kawalan Tanpa Wayar (Wireless Control App)
Boleh didapati di Play Store dan Apple App secara percuma. Aplikasi ini membolehkan pengguna melihat rakaman video dalam senarai main (VOD), muat turun, melihat secara langsung dan mengubah talaan tanpa sebarang gangguan ketika Wi-Fi dihubungkan di antara telefon pintar dan DVR.
Pengesan GPS
Berfungsi untuk mengesan lokasi sebenar sekiranya berlaku sebarang insiden atau kemalangan yang telah dirakamkan oleh perakam video digital BP10.0A dengan bantuan Sistem Kedudukan Global (Global Positioning System) yang hanya boleh didapati untuk BP10.0AG.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
AMICI SDN BHD
No. 11, Jalan DBP 1,
Dolomite Business Park,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor
No Tel : 03-6189 8188
Whatsapp :+60 17-294 3338
Emel :[email protected]
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UC48hCTl_e8nMFRlCxZojDPQ
Web :https://www.blaupunkt.com/ase/
Web :https://www.amicimalaysia.com/
Facebook :https://www.facebook.com/blaupunkt.asia/
Facebook :https://www.facebook.com/BlaupunktCarEntertainmentMY/