Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Penampilan Lebih Elegan, Ringkas Dan Kemas

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-18
in BULETIN, UTAMA
0

Honda mendedahkan secara rasmi prototaip Civic generasi ke-11 dalam satu acara dalam talian. Sebagaimana yang sedia maklum, Civic merupakan model penting buat Honda dengan 10 generasi telah dikeluarkan sehingga kini. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hampir semua generasi Civic menerima maklum balas positif di semua pasaran yang dimasukinya.

Civic serba baharu didakwa menggunakan platform sama yang digunakan untuk Civic generasi ke-10 atau lebih dikenali sebagai Civic Ketam di Malaysia. Seperti yang dijangka, bahagian luaran dan dalaman mendapat naik taraf yang paling ketara. Boleh dikatakan, Civic seakan-akan ingin lari daripada imej sporty yang diketengahkan oleh Civic Ketam.

Ia kini lebih elegan dengan rekaan bahagian hadapan baharu yang merangkumi gril radiator dan sepasang lampu utama LED nipis. Di samping kemasan bawah bampar dan perumah lampu kabus berwarna hitam. Bahagian belakang berbeza terus dengan ketiadaan lampu sepit ketam. Ia kini digantikan dengan lampu LED nipis yang sekali pandang kelihatan seperti model keluaran Audi.

Penampilan sporty diserlahkan lagi melalui ekzos berkembaer berwarna hitam. Ia kemudian disudahi dengan penggunaan rim lima jejari bersaiz 19 inci yang juga dilayangkan dengan warna hitam. Seperti yang dilaporkan, Honda akan menghasilkan Civic dalam dua bentuk gayaan iaitu sedan dan hatchback. Manakala versi coupe dua pintu didakwa tidak lagi diproduksikan. Namun begitu, versi prestasi tinggi, Type-R dengan kotak gear manual dijangka menemui peminat.

Menjengah ke ruang kabin, perubahan yang diberi cukup signifikan. Tiada lagi butang-butang kawalan yang terlalu banyak. Sebaliknya, susun atur papan pemuka kini jauh lebih ringkas dan minimalis. Diinspirasikan daripada rekaan dalam model elektrik Honda e, ruang atas papan pemuka dipasang dengan skrin infohibur sebesar 9 inci.

Pemandu turut dihidangkan dengan skrin paparan digital sepenuhnya. Bahagian kabin Civic 2022 ini juga sangat kemas dan menawarkan lebih ruang untuk keselesaan semua. Dari segi keselamatan, Civic pasti dilengkapi dengan sistem tercanggih Honda SENSING dan mungkin sedikit penambahan lain.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Kereta Hellaflush, Sistem Audio Jadi Pelengkap!

Next Post

Kemenangan Yang Tidak Disangka-sangka!

Next Post

Kemenangan Yang Tidak Disangka-sangka!

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved