Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kemenangan Yang Tidak Disangka-sangka!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-19
in SHOW OFF, UTAMA
0

bakal menjadi pemenang. Sebagai pemerhati, pasti anda juga tidak terlepas dan sering terlibat dalam perbincangan atau sembang-sembang santai dalam meneka siapa yang boleh menjadi juara. Tentu pernah bukan?

Kadang-kadang, bunyi yang dihasilkan sistem audio menjadi taruhan dalam menentukan siapa bakal menang hanya dengan pengamatan kasar secara rawak. Tidak cukup dengan itu, persembahan juga boleh dijadikan faktor-faktor membuatkan anda memilih satu-satu kereta itu layak sebagai pemenang. Apa juga sebab yang anda fikir, diakhirnya nanti hanya juri profesional berhak memilih pemenang berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Sekiranya Myvi ini anda temui di mana-mana pertandingan, adakah ia akan menjadi salah satu kereta pilihan untuk bergelar pemenang? Memang tidak adil untuk mengajukan soalan ini, lebih-lebih lagi kemampuan bunyi yang dihasilkan sistem audionya tidak boleh didengar. Bagaimana pula dari sudut ia dipersembahkan? Ya, penelitian kasar memang ia tidak akan menjadi pilihan kerana pemasangan yang tidak bersungguh. Ditambah pula dengan kabel-kabel yang jelas kelihatan.

Walaupun begitu, Myvi dengan kelengkapan sistem audio binaan dari jenama Dominations ini berjaya menggungguli kategori Rookie AB dalam pertandingan anjuran MACE beberapa tahun lalu. Jelas sekali, cara ia dipersembahkan tidak termasuk atau dipandang serius. Ia semata-mata tentang kualiti bunyi yang dihasilkan bukan bagaimana ia dipersembahkan. Tidak dinafikan, Myvi ini memiliki sistem bunyi cemerlang dan tidak hairanlah ia dipilih sebagai pemenang.

Bercakap tentang sistem audio talaan SQ yang dibina pada Myvi ini pula, ia merupakan antara sistem audio paling ringkas pernah saya temui. Bermula dengan pemain Alpine CDA-117E, ternyata installer Cool Tint Specialist sangat jelas dengan hasil akhir sistem ini. Pemain yang membaca data dan memancarkan isyarat ini ditapis terlebih dahulu oleh pemproses Alpine PXA-H800 yang digandingkan bersama pasangannya Alpine RUX-C800.

Setelah diproses, isyarat kemudiannya dipecahkan kepada dua laluan baru dan setiap satunya dimulakan dengan seunit amplifier. Laluan pertama didahului oleh seunit amplifier 4 channel America Sound yang memacu 2 unit mid bass 6” Sadewa dari Dominations dan juga 2 unit mid range 2” Dominations ES-F51. Manakala kedudukan speaker ini diletakan berjauhan antara satu dengan yang lain. Seunit mid range dipasangkan di tiang A di kedua-dua belah bahagian. Ini diikuti pula dengan mid bass 6” yang dipasangkan di panel pintu, juga di kedua-dua belah pintu bagi memastikan staging yang tepat.

Bagi menyempurnakan sistem audio talaan SQ 2-way ini, pembentukan laluan kedua diwujudkan dan dimulakan dengan seunit amplifier monoblock dari Boston. Amplifier monoblock ini berfungsi untuk memacu seunit woofer 10” Dominations D230MKII yang disimpan di dalam perumah yang dibuat khas. Berbanding sistem audio lain yang pernah dilihat sebelum ini, pemasangan akhir di dalam sistem Myvi ini sangat mudah. Kedua-dua unit amplifier dilekatkan pada dinding di bahagian bonet. Manakala kotak woofernya berbentuk empat segi yang boleh dibuat hanya dalam beberapa jam.

Sebagaimana yang dikatakan awal tadi, kualiti bunyi yang dihasilkan sistem audio membuatkan ia berjaya menjulang kemenangan. Bukan pada penampilan atau kekemasan.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 65

Previous Post

Penampilan Lebih Elegan, Ringkas Dan Kemas

Next Post

Tiba Di Malaysia, Ditawarkan Dalam Tiga Varian

Next Post

Tiba Di Malaysia, Ditawarkan Dalam Tiga Varian

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved