Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kereta Hellaflush, Sistem Audio Jadi Pelengkap!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-18
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sudah agak lama saya mengidamkan untuk berceritera tentang kereta hellaflush yang dimodifikasi sistem audio lengkap. Myvi dari bumi kenyalang ini ternyata memenuhi impian yang dipendamkan begitu lama. Kalau diikutkan, sejak kali pertama fenomena Hellaflush (tayar yang disengetkan) ini mula meresap di kalangan para pencinta dunia permotoran khususnya yang memang gila modifikasi. Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan modifikasi Hellaflush ini?

Sebenarnya asal-usul hellaflush ini sendiri masih menjadi persoalan. Bukan teori yang tepat tetapi menerusi sedikit pembacaan, ada yang mengatakan konsep ini berasal dari Jerman ekoran undang-undang di sana tentang saiz tayar dan saiz rim. Bagi memperindahkan kereta dengan konsep ini, ia digabungkan pula dengan VIP style yang sangat popular di kalangan para pencinta modifikasi di Jepun.

Modifikasi Hellaflush ini terlebih dahulu popular di Eropah khususnya di Jerman dan diikuti di Jepun, kemudian menular ke bahagian Utara Amerika sebelum sampai ke Malaysia. Apabila sudah tiba ke negara kita, ia merebak seakan virus dan lebih menarik lagi, pemasangan tayar senget ini lebih dikenali sebagai “tayar kangkang”. Tidak kurang juga yang tidak berpuashati dengan trend ini kerana beranggapan ia hanya mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya lain. Khabarnya, para pemilik yang ditemui JPJ akan dikenakan saman RM300. Benarkah ia berbahaya?

Ya, secara peribadinya saya juga bersetuju tetapi apa yang tidak bahaya? Semuanya terpulang kepada cara pengendalian masing-masing. Mustahil pemilik kereta hellaflush ini akan menggila berlumba sesama sendiri di atas jalanraya. Apa-apa pun, ia terserah kepada pendapat masing-masing. Pembinaan dan modifikasi hellaflush ini bukan sahaja terhad kepada satu-satu jenis kereta. Tidak kiralah sama ia kereta sedan atau kompak, mana-mana pun boleh. Contoh yang paling dekat, Myvi yang sudah pun menghiasi ruangan ini.

Lazimnya, pemilik yang giat melakukan modifikasi kereta akan jarang melakukan modifikasi sama terhadap sistem audio. Kalau ada sekalipun, sekadar untuk memenuhkan syarat pertandingan autoshow. Tiada jiwa. Berbeza dengan pemilik kereta Myvi ini yang kelihatan bangga dengan Hellaflush, dilengkapi binaan sistem audio dari pelbagai jenama audio yang bukan calang-calang. Antaranya seperti Convex yang mendahului sistem ini dan diikuti Caliber dan juga Kicker.

Dulu pernah saya katakan, para pencinta audio kereta di Sabah dan Sarawak mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak mempedulikan kos yang dibelanjakan. Myvi ini membuktikan kata-kata itu. Seperti yang dinyatakan awal tadi, pemain yang dipilih untuk menghidupkan sistem audio pada kereta modifikasi Hellaflush ini adalah pemain Convex CX-D4800 dan dibantu 2 unit preamp; seunit preamp 5 band Caliber CPE-5005 dan seunit preamp 7 band CPE-707A. Kedua-dua preamp ini pula membentuk laluan baru.

Data yang telah diproses sebagai isyarat di Convex tadi dihantar kepada kedua-dua preamp ini. Bagi laluan pertama yang didahului preamp 7 band, isyarat yang diproses di sini seterusnya dipecahkan kepada dua laluan dan dihantar ke dua unit amplifier 4 channel. Seunit amplifier 4 channel Kicker EX450.4 yang memacu 2 unit tweeter Caliber CT-70H dan dua unit speaker komponen Caliber CS-85.2. Kedua-dua unit tweeter dipasangkan diperumah khas yang dibina di bahagian belakang. Manakala dua unit speaker komponen telah dipasangkan di bahagian kabin kereta. Ini diikuti pula dengan seunit amplifier 4 channel Caliber CA-8400i tadi yang menguasakan 4 unit speaker full Range Caliber CBM-95i.

Berbeza dengan speaker komponen tadi, keempat-empat speaker full range ini telah ditanamkan bersama-sama tweeter di perumah khas tadi di bahagian belakang kereta. Seterusnya, laluan kedua yang diketuai oleh preamp 5 band tadi diagihkan kepada dua bahagian yang mana kedua-duanya dialirkan ke seunit amplifier monoblock. Kedua-dua monoblock ini pula masing-masing memacu 2 unit woofer 12” Caliber CW-12SVC.

Kalau diperhatikan, sistem audio talaan SPL ini tidak rumit tetapi ia juga tidaklah mudah. Boleh dikatakan, ia sebuah sistem yang sedang-sedang sahaja. Pemasangan yang kelihatan ringkas tetapi tetap kemas sudah cukup membuatkan Myvi ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang. Kemantapan dihasilkan gugusan 4 unit woofer yang dipasangkan dibahagian belakang ini tidak boleh dipandang remeh. Bergegar juga tapak kaki tatkala pemain Convex dihidupkan.

Lengkap sudah sebuah kereta Hellaflush dengan sistem audio gempak. Tiada halangan untuk pemiliknya meronda di hujung minggu sekitar Miri dan kawasan sekitarnya tetapi risikonya tetap ada. Pandai-pandailah jawab jika ditahan JPJ nanti!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 73

Previous Post

Tempahan Secara Dalam Talian Dan Di Semua Bilik Pameran Toyota Sudah Dibuka

Next Post

Penampilan Lebih Elegan, Ringkas Dan Kemas

Next Post

Penampilan Lebih Elegan, Ringkas Dan Kemas

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved