Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Pemburuan Untuk Kesempurnaan Yang Tiada Noktah

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-23
in SHOW OFF, UTAMA
0


Ramai yang mengaku bahawa diri mereka adalah pecinta tegar I.C.E. Tidak dinafikan semuanya tergolong sebagai peminat tegar, tetapi tentunya tidak memiliki semangat sebesar saudara Maesella. Pemilik SUV Toyota Harrier ini juga merupakan wajah yang tidak asing di Indonesia. Selain bergelar artis, beliau juga adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau tidak pernah lelah mencari kesempurnaan pada sistem I.C.E keretanya lalu pencarian itu membawa beliau ke Radius Audio, di Kota Bandung.

Sebagai seseorang yang terlibat dalam dunia hiburan, beliau mahukan sebuah sistem I.C.E yang kedengaran jelas nyata dan bernyawa pada keretanya. Mutu suara yang mirip persembahan secara langsung di pentas, malah dengan kekuatan suara yang amat kuat! Amat kuat di sini kerana sistem yang terdapat pada Harrier ini mampu menghasilkan 150 dB SPL. Diukur dengan menggunakan RTA (Real Time Analyzer) Audio Control SA 3055 pengesan tekanan pembesar suara, dipasang khas di bahagian cermin hadapan.

Menerusi Radius Audio, pencarian saudara Maesella berakhir. Adakah anda bersetuju dengan mutu suara yang dicari-cari oleh beliau? Baiklah, kita mulakan sesi menyiasat jentera I.C.E yang digunakan untuk memenuhi impian Maesella ini. Jika dilihat secara kasar, sistem I.C.E yang dipikul Harrier ini terdiri dari 2 unit subwoofer prestasi ultra jenama Clif Designs CD 1200C dengan kuasa maksima 1200 watt. Didatangkan dengan dwi-koil suara 2 ohm dan strontium magnet berkembar yang mana berat setiap satunya sekitar 25 kg.

Bagi memacu setiap satu subwoofer ini, dua buah amplifier monoblock telah digunakan dan jenama Visonik menjadi pilihan, model V918XD. Amplifier monoblock ini mampu menghasilkan kuasa RMS 1800 watt pada 1 ohm. Perumahnya dibina dengan ketebalan 2.5 cm papan-fiber MDF serta diperkuat dengan dawai, lalu dilapisi dengan damar fiber. Slot port pula berkemampuan menghasilkan ‘tuning’ dalam kenderaan pada 43 Hz, dan bersama-sama memberikan hasil not bass yang benar-benar kuat.

Kuasa elektrik di dalam kereta ini telah dipertingkatkan dengan penggunaan 2 sel kering bateri Amaron 90 Ampere, diikuti dengan dwi-bateri pemisah litar, penggunaan kabel kuasa 0 AWG untuk kepanasan. Manakala 2 unit kapasitor 2.5 farad dari Venom digunakan untuk membekalkan kestabilan sehingga 5000 watt. Barisan dan fius-fius blok dengan ampere yang sesuai pula berfungsi untuk mengekalkan keselamatan pada sistem I.C.E ini.

Beralih pula kepada sebahagian besar jentera I.C.E yang dibarisi oleh mid bass dan tweeter. Tanpa barisan ini, tiada maknanya sesebuah sistem I.C.E. Jangan terkejut sebaik melihat jenama yang digunakan, Peerless dan Rockford Fosgate. Jenama tahap Hi-end! Pecinta I.C.E yang benar-benar taksub sanggup mengeluarkan belanja besar untuk memiliki sistem yang dibarisi jenama Hi-End sebegini! 2 jenama ini turut ditemani Fabulous Acoustic yang tidak kurang hebatnya.

Kepada anda yang terkebil-kebil sebaik sahaja membaca jenama Peerless ini, anda perlu membuat kajian lebih mendalam. Ia kerana jenama ini amat terkenal, khasnya di kalangan peminat SQ. Mula mewarnai dunia I.C.E semenjak 30 tahun lepas, ia bukanlah calang-calang jenama. Pemilihan dua unit speaker belakang Peerless SDS 6.0 sebagai salah satu warga jentera I.C.E ini adalah satu tindakan bijak. Bagi keberterusan mutu yang cemerlang, speaker ini telah dipacukan oleh amplifier 4 channel Rockford Fosgate 800.4.

Manakala barisan speaker di bahagian hadapan pula telah dianggotai oleh 2 unit speaker Fabulous Acoustic dan disertai oleh 2 unit ribbon tweeter juga dari jenama yang sama. Jentera speaker ini juga turut berkongsi kuasa pacuan dari amplifier sama yang memacu jentera speaker di bahagian belakang tadi, amplifier 4 channel Rockford Fosgate 800.4.

Namun begitu, perhatian harus diberikan sepenuhnya kepada pemain utama yang digunakan bagi memberikan nyawa kepada sistem I.C.E yang hebat ini. Misi paling penting ini telah diletakkan kepada jenama Clarion. Tidak! Jangan sesekali memandang rendah terhadap jenama ini, semata-mata kerana ia digunakan oleh Proton sebagai stok audio di setiap kereta keluarannya. Hnaya kerana pemain utama jenama Pioneer lebih menonjol, tidak bermaksud semua jenama lain tidak bagus. Clarion merupakan salah satu jenama yang menggungguli senarai dan pemain utamanya mempunyai ciri-ciri yang unik dan tersendiri.

Lihat sahaja pada model yang digunakan dalam sistem I.C.E ini. Ia merupakan salah satu model yang pernah mencuri perhatian segenap pecinta I.C.E. Model ‘old skool’ yang menjadi kegilaan sewaktu awal keluarannya. Model yang dimaksudkan ialah Clarion HXD2. Malah ianya digandingkan pula dengan satu lagi pemain Dvd indash TV/monitor VRX786 juga dari jenama Clarion. Ianya dipilih kerana kemampuan untuk menghasilkan suara berkualiti tinggi serta didatangkan bersama-sama ciri lain seperti bluetooth, equalizer dan crossover.

Rekaan untuk interior pula amat ringkas, terutama sekali di bahagian perumah yang menempatkan kesemua jentera I.C.E ini. Ianya amat bersesuaian dengan keperluan saudara Maesella yang sentiasa sibuk. Malah, masih ada ruang yang luas untuk barang-barang. Bagi menceriakan suasana dan meningkatkan paparan pemasangan audio kereta, barisan lampu-lampu LED telah dipasang. Nampak meriah, bukan?

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 12

Previous Post

Sebuah Eksperimen Yang Berani

Next Post

Juara Yang Bikin Gempak

Next Post

Juara Yang Bikin Gempak

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved