Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Juara Yang Bikin Gempak

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-23
in SHOW OFF, UTAMA
0


Bukan mudah untuk satu-satu jenama buatan Malaysia untuk menetap dan menjadi pilihan hati warganya sendiri. Pengguna adalah pemegang kuasa veto yang mengawal turun-naik tawaran dan permintaan di pasaran, lebih cenderung memilih barangan buatan luar negara. Dari sekecil-kecil produk sehinggalah kepada pembuatan otomobil, yang penting jenama itu haruslah datang dari luar khususnya dari negara-negara barat seperti Amerika, Jerman, Italy dan juga England. Pengusaha tempatan terpaksa melipat kali gandakan usaha untuk bersaing bagi mendapat tempat di pasaran sendiri.

Proton yang pada awalnya dikategorikan sebagai angan-angan Mat Jenin ini telah mampu berdiri megah dengan barisan produk bawah naungannya yang berjaya meraih pelbagai anugerah. Hari ini, jarang sekali kereta buatan Malaysia ini tidak kelihatan di jalanan. Pasti ada saja yang menyelusuri jalanraya di setiap saat. Antara kereta Proton yang paling mendapat tempat di kalangan peminat kereta adalah Waja. Salah satu sebab ianya amat digemari kerana struktur tubuh dan rekabentuk yang mirip Evo Lancer keluaran Mitsubishi. Malah, ada juga usaha untuk menggabungkan kedua-dua model ini dan dinamakan Waja Lancer.

Walaupun Waja keluaran Proton ini mempunyai keunikan tersendiri tetapi amat sukar untuk penggila kereta menepis gejala dan virus modifikasi yang kian menular. Ini dapat dilihat menerusi kereta yang menghiasi ruangan show-off kali. Modifikasi Lancer ke atas Waja ini tidaklah sepenuhnya, malah tempiasnya tetap ada. Namun begitu, identiti Waja masih terserlah di sebalik penambahan skirt dan bodykit yang dipakaikan ke atas kereta milik Roslin ini. Ditambah dengan mandian warna oren dan hitam, menambah kehangatan dan tampak garang bagaikan api yang memecut di jalanan.

Warna api marak membuat keadaan semakin gempak pabila bunyi mula dihamburkan dari mulut-mulut speaker dan woofer yang dimuatkan dalam Waja Chargespeed ini. Tidak cukup dengan kelajuan, gabungan dentuman sistem I.C.E kereta ini benar-benar menggegarkan kaki yang berpijak di bumi. Aduh! Kuasa bunyinya merenjat sehingga tulang-temulang. Darah yang mengalir lesu, segera terjaga. Namun ia tidak sedikitpun mengganggu-gugat keutuhan Roslin dan anaknya yang berdiri teguh di depan kereta yang sedang menghentam segala deria pendengaran. Mungkin sudah terbiasa, jadi tak menjadi masalah langsung kepada anak kecil itu.

Pastinya kereta Waja ini turut menjadi kebanggaan si anak bujang Roslin. Mana tidaknya? Sepanjang sesi penggambaran pada petang itu, anak kecil ini lebih ligat menunjukkan segala isian yang dimuatkan dalam kereta ayahnya. Pelbagai jenama menjadi pilihan Roslin, semata-mata untuk mencapai tahap seperti yang diidamkannya. Tidak seperti kebanyakkan penggila I.C.E yang lain, Roslin tidak menghambakan diri pada satu jenama kerana baginya kualiti yang dihasilkan oleh sesuatu jenama tidak semestinya sama untuk setiap produk. Jadi, tidak hairanlah sistem I.C.E Waja ini menyaksikan pelbagai jenama antaranya Ameron, AV Quart, JS Audio, Marriola, Pyle, Tomohawk dan Rock N Billy.

Pemain utama yang juga menjadi tunjang sistem I.C.E Waja ini adalah produk dari jenama BGM, model HT 9801 V. Sepertimana yang semua sedia maklum, pemain utama adalah perkara asas dan paling penting di dalam sesebuah sistem I.C.E. Kegagalan pemain utama menghasilkan isyarat yang lancar dan bersih akan membuatkan keseluruhan persembahan sistem I.C.E kedengaran cacat dan pincang. Kebiasaannya, produk yang lahir dari jenama keluaran China mempunyai kelemahan yang serupa. Mungkin, Roslin mempunyai alasan sendiri ketika memilih jenama ini yang agak sedikit ketinggalan jika dibandingkan dengan pemain utama dari jenama yang lainnya.

Seterusnya, bagi memastikan kitaran proses penghasilan bunyi berjalan dengan jayanya, Roslin telah menggunakan amplifier 4 channel Tomohawk TH8311 yang bertindak sebagai pemandu kuasa kepada 4 biji mid bass 6.5” JS Audio, 4 biji mid bass Ameron dan 2 biji horn tweeter. 4 biji mid bass telah dimuatkan di perumah buatan khas yang dilekatkan dinding bonet kereta ini dan di susun atur secara kemas serta ditambah pula dengan logo Transformer, menambahkan keunikan pada tempat letak mid bass dan horn tweeter. Sebuah LCD sengaja diletakkan bagi memeriahkan lagi suasana I.C.E pada bahagian belakang kereta ini. Bebulu oren turut diselitkan bagi menimbulkan keceriaan.

Selain itu, Roslin menggunakan 2 buah amplifier monoblock bagi memacu 2 buah sub-woofer 12” masing-masing dari jenama Ameron dan juga AV Quart. Amplifier monoblock kelas D yang digunakan adalah amplifier monoblock jenama Pyle dan Marriola M14-750.1. Penggunaan bebulu oren dan putih kali ini dilihat agak keterlaluan kerana hampir melindungi kewujudan ketiga-tiga amplifier tadi. Seeloknya, jumlah penggunaan bebulu tersebut boleh dikurangkan kerana lebih ringkas sesuatu perhiasan, maka nampak lebih bergaya dan tidak membuatkan pandangan oran lain terganggu.

Dengan sistem I.C.E yang dimuatkan dalam Waja Chargespeed ini, pasti ada yang mempersoalkan sama ada ianya berjaya merangkul anugerah dan melayakkannya bergelar juara? Jangan terkejut kerana sepanjang Roslin bergiat aktif dalam sukan permotoran, kereta kesayangannya ini telah menjadi juara sebanyak 17 kali, 8 kali naib juara dan hanya dua kali tersasar menduduki tempat ketiga. Disebabkan sokongan yang diterima dari isteri tercinta dan rakan-rakan, membuatkan Roslin tidak pernah menoleh dan terus giat berjuang.

Mungkin di masa hadapan, Roslin perlu menerokai bidang sukan permotoran khususnya audioshow ini secara lebih serius dengan memasuki pertandingan-pertandingan besar seperti MACE, ASC dan IASCA. Tentu Roslin sendiri tidak sabar untuk membawa kereta Waja Chargespeed kesayangannya ke tahap yang lebih tinggi dengan menyertai dalam pertandingan audioshow berprestij di Malaysia ini. Sementara itu, di harap Roslin tidak akan jemu untuk terus mencari cara memperhebatkan lagi I.C.E miliknya yang sememangnya sudah cukup cemerlang!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 6

Previous Post

Pemburuan Untuk Kesempurnaan Yang Tiada Noktah

Next Post

Diubahsuai Dengan Modifikasi Paling Sempurna!

Next Post

Diubahsuai Dengan Modifikasi Paling Sempurna!

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved