Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Diubahsuai Dengan Modifikasi Paling Sempurna!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-23
in SHOW OFF, UTAMA
0

GPS navigator adalah alat yang dicipta untuk memandu manusia ke satu-satu destinasi dengan mudah dan tepat. Tapi kadang-kadang tak boleh diharap juga. Kedai TWC yang tak sampai 100 meter boleh dihalakan ke kawasan kilang entah di mana. Apa nak buat? Kami bukan orang Pulau Pinang.

Pertama kali menyaksikan kereta ini di bawah sinaran lampu sorot premis TWC, hati saya berbunga ceria. Walaupun pada siang harinya kami telah berpanas terik merakam foto beberapa buah kereta, tidak satupun sama dengan Satria ini. Kereta ini menukar baju T yang saya pakai dengan minyak wangi Dunhill menjadi aroma peluh. Perjalanan merentasi jambatan Pulau Pinang dari Bukit Mertajam seolah-olah berjalan naik LRT dari KLCC ke Ampang Park, dirasa terlalu dekat.

Tidak hairanlah, keasyikan merakam foto kereta ini berlanjutan hampir sejam setengah. Rasanya macam tidak ada satupun yang mahu saya lepaskan. Saya mahukan rakaman terbaik untuk anda saksikan dengan latarbelakang menarik, limpahan lampu memukau dan kad memori yang hampir habis digunakan!

Kereta ini dibina dengan satu tujuan, menjadi sebuah kereta demo audio paling sempurna. Bagi tujuan itu, tiada apa yang boleh diabaikan untuk sebuah kereta yang kerap dipamerkan dalam autoshow dan pertandingan audioshow. Bermula dari sebuah Proton Satria keluaran kilang yang asas, transformasi kepada rekaan hari ini memakan masa berbulan lamanya.

Langkah pertama yang dibuat ialah menyediakan ‘asas’ untuk memuatkan perkakasan yang dipilih. Asas yang dimaksudkan ialah platform, perumah dan mounting yang diperlukan untuk memegang kesemua peralatan audio yang telahpun ditentukan lebih awal. Papan pemuka kereta ini telah diubahsuai dengan modifikasi gentian kaca untuk memuatkan segalanya, dari pemain, hinggalah konsol meter supaya semuanya kelihatan sepadan.

Pemain utama yang digunakan ialah sistem pembahagi audio dan visual. TWC menggunakan pemproses audio daripada Panasonic CQ-HX1083 sementara pemain DVD JVC khas untuk sistem visual. Bagi mengelak pertindanan bunyi akibat sistem dua hala yang sarat dengan laluan speaker ini, ia telah dilaras dengan dua jenis pre-amp yang berbeza. Untuk pemain CD, pre-amp Autocraft AFP202 digunakan sementara untuk DVD, pre amp Helix HXE100 dipasangkan. Nah sekarang anda dapat dua sistem pemanduan yang berbeza. Tiada lagi masalah penjajaran masa yang salah.

Walaupun kedua-dua sistem ini boleh berkongsi set speaker yang sama, pihak TWC memilih untuk melakukan pendawaian dengan sistem bebas antara keduanya. Ia bermaksud, lebih banyak kabel dan lebih rumitlah kerja pemasangan, namun hasil akhirnya sudah tentulah lebih jelas bunyi yang dikeluarkan oleh dua bacaan media tersebut.

Laluan ini terdiri daripada set amplifier Lightning Audio Strike 4 channel. Ya! Lightning Audio, satu jenama yang sentiasa diburu pecinta I.C.E tegar. Bukan hanya kerana ianya produk Hi-end dari USA, malah kerana kehebatan kualitinya. Amplifier 4 channel Lightning Audio Strike S2.500.4 ini digunakan untuk menguasakan subwoofer Lightning Audio S4.10.4 serta dua buah amplifier Autocraft AFG 5460 yang memandu 8 unit Rockford Fosgate T1652 2-way coaxial. Kalau diperhatikan pada corak pemasangan set ini, jelas ia menumpukan pada sistem dalaman yang berkemungkinan besar bertujuan untuk mengukuhkan prestasi internal SPL.

Untuk bunyi subwoofer yang lebih baik, sebanyak enam buah subwoofer Lightning Audio S4.15.VC2 dipasangkan. Di mana? Di bahagian tempat duduk belakang Satria yang telah diubahsuai menjadi kotak speaker gergasi. Empat di halakan keluar dan baki dua lagi dipasang secara terbalik. Jadi setiap kali bass rendah ditendang keluar, gelombang balikan akan ‘disedut’ masuk untuk menghasilkan bass yang padu dan tidak terputus.

Subwoofer sahaja tentu sahaja tidak akan cukup tanpa bekalan tenaga yang sepadan. Bagi tujuan itu, tiga buah unit amplifier monoblock dipasangkan yang terdiri daripada dua buah amplifier Lightning Audio Strike S2.1000.1D dan sebuah Lightning Audio Storm X1.1000.1D. Dengar nama amp pun dah buat hati tak keruan.

Pemain DVD JVC yang bertindak sebagai pemproses visual tersebut telah diasingkan isyaratnya menggunakan video splitter utuk menghasilkan lebih banyak visual pada lokasi berbeza. Keseluruhannya, Satria ini menggunakan 4 buah monitor LCD 7 inci, sebuah LCD 15 inci dan sebuah LCD 20 inci. Masing-masing di bahagian but belakang, konsol penumpang, konsol tengah, panel pintu dan lokasi paling strategik, di atas roda stereng!

Kesempurnaan kereta ini bukan terletak pada sistem audionya sahaja, malah setiap inci bahagian kereta ini disolek rapi agar menepati kriteria kereta demo sebenar. Suka untuk saya cakapkan bahawa ada premis yang mempamerkan kereta demo sekadar seadanya sahaja, sampaikan nak tengok dekat pun malas, wayar bersepah, papan berserpih habuk, sticker tercabut dan kadangkala kon speaker pun basah masuk air entah dari mana.

Kereta ini menjalani proses peningkatan yang cukup teliti. Hampir segenap badannya dihias rapi, termasuk enjin yang mana tidak ketinggalan mendapat sentuhan air brush lembut merah jambu. Spoiler belakangnya? Jangan rapat, mungkin boleh tersadung leher anda jika silap haribulan. Di celah roda 19 incinya ialah lampu strob yang mana kalau di situpun ada lampu, sudah tentu dalam kokpitnya lebih meriah.

Corak pemasangan speaker pada panel pintu, panel LCD, kemasan susunan amp dan monitor dalam but malah perumah untuk setiap komponennya direka secara individu. Maksudnya, tidak akan ada satupun kereta yang boleh jadi sama seperti projek Satria ini. Itu satu hal yang boleh dibanggakan, malah lebih bangga jika anda mampu membuatnya tanpa sebarang kesilapan.

Mungkin saya berfikiran agak ortodoks dalam hal ini, namun Satria ini telah berjaya menceriakan hari saya yang agak suram dek kepenatan melakar kereta audio ‘kebanyakan’. Rasanya kalau bos suruh datang Penang untuk shot 1 kereta lagi, naik bas pun saya sanggup!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 13

Previous Post

Juara Yang Bikin Gempak

Next Post

Kereta Audio Untuk Hiburan Famili

Next Post

Kereta Audio Untuk Hiburan Famili

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved