Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kereta Audio Untuk Hiburan Famili

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-23
in SHOW OFF, UTAMA
0


Di Indonesia, model kereta Mazda 2 hatchback dan sedan masih lagi jarang digunakan. Namun, bagi pasangan Pindo Gondomono dan Yessi Setiawati ini lain pula kisahnya. Bertugas sebagai penganjur dan pengubah hiasan, membantu pasangan ini dalam melakukan modifikasi ke atas kereta kesayangan mereka.


Dilayangkan warna merah, Mazda 2 sedan ini tampak solid. Sebelum ini, Pindo dan pasangannya pernah menggunakan kemahiran mereka dalam memodifikasi kereta pertama, Daihatsu Xenia. Model yang mirip dengan Avanza keluaran Toyota. Custom body kit H20 telah dipasangkan pada kereta Mazda 2 ini. Rim dan juga tayar pula ditukar kepada rim 17” dan Bridgestone Potenza, tayar berprofil rendah untuk menambahkan kestabilan.

Selesai interior dan exterior, pasangan ini melawat Radius Audio Work dan bertemu Erwin Kosasih untuk membantu mengisi kekosongan hiburan dalam kereta ini. Sebagai penggemar muzik jazz dan instrumental, pasangan ini mahukan sistem ICE bertepatan dengan citarasa dan sesuai untuk kegunaan setiap hari. Ia juga boleh dinikmati oleh anak-anak mereka yang berusia dalam lingkungan 4 sehingga 7 tahun.
Kebiasaannya kereta ini digunakan oleh Yessi. Secara tidak langsung, segala keperluan dan kehendak Yessi perlu diambilkira dalam membina sistem ICE yang dikehendaki mereka. Menurut Erwin, Yessi mahukan ruang letak barang yang luas dan juga tempat simpan tayar simpanan agar mudah untuk dicapai bila-bila tiba masa kecemasan.

Erwin menggunakan pemain utama Pioneer AVH P4250DVD, menggantikan stok standard yang didatangkan bersama-sama Mazda 2 ini. 2 monitor headrest juga telah dipasang. Warna serta teksturnya pula sama dengan interior kereta. Speaker bahagian depan pula digantikan dengan set speaker 3-way Hertz dan diletakkan pada custom A pillar. Bagi memastikan tiada kehadiran bunyi bising atau bunyi yang tidak diinginkan, Erwin memasang material aluminium dan getah butyl sepanjang badan kereta ini.


Bagi speaker bahagian belakang pula, Erwin memasang speaker coaxial 6.5” Agako pada lokasi standard, pintu tempat duduk penumpang. Disebabkan ianya dibina dengan tujuan untuk kegunaan harian, Erwin tidak mahu membuat pemasangan yang boleh menghalang dan mengurangkan keseronokan berhibur di dalam kereta.
Sepertimana yang dapat dilihat dengan mata kasar, tema untuk kereta ini ialah merah dan hitam. Justeru itu, Erwin membina enclosure dari kaca fiber untuk 1 unit subwoofer Venom 2012 dengan mengikut tema. Erwin juga membina rak khas untuk menempatkan amplifier. Rak ini juga dihasilkan dari kaca fiber dan MDF, diperhalusi lagi dengan akrilik serta mandian cahaya lampu berwarna merah.

Sejumlah dua unit amplifier digunakan dalam sistem ICE milik Pindo ini. Satu unit amplifier 4 channel Cello Classic CA40 untuk memacu speaker hadapan dan bahagian belakang. Manakala satu lagi unit amplifier monoblock Venom V1500XD digunakan untuk memacu subwoofer. Bagi kuasa tambahan, Erwin menggunakan kapasitor Venom 1.2 farad.
“Inilah sistem ICE yang menghiburkan untuk saya dan famili,” ujar Pindo sambil tersenyum bangga.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 35

 

 

Previous Post

Diubahsuai Dengan Modifikasi Paling Sempurna!

Next Post

Kerana Muzik, Aku Mengembara...

Next Post

Kerana Muzik, Aku Mengembara...

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved