Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kerana Muzik, Aku Mengembara…

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-26
in SHOW OFF, UTAMA
0

Saya tidak berapa pasti bila gambar kereta ini ada dalam cakera keras laptop. Yang pasti, memang sangat lama kerana ia satu-satunya SUV aneh yang pernah kami rakamkan. SUV ni tidak dipasarkan oleh Honda Malaysia, tetapi bagi sebuah negara dengan jutawan yang paling ramai di Asia Tenggara, Crossroad ini dijual di Singapura. Kalau di KL memang jarang sekali nak jumpa kereta ni, tapi kalau anda tinggal di JB, kereta sepelik ini tidaklah pelik di sebuah negara yang menjual apa sahaja jenis kereta termasuklah yang mustahil akan dibeli oleh majoriti rakyat Malaysia.

Ia bukanlah tentang kenderaan ini semata-mata. Ia adalah tentang uniknya jenis kenderaan yang dibina dalam segmentasi yang boleh dikatakan dipelopori oleh Amerika. Sebetulnya, Asia seperti Jepun lebih sukakan MPV dan kereta bandar, tapi Amerika memang jenis pelahap yang sukakan SUV yang tinggi dan besar dan juga enjin menelan petrol tak kira masa. Lihat sahaja pada produk Hummer yang tidaklah luas mana dalamannya, tapi casisnya dibuat selebar lori tanah yang menyusahkan orang lain di Jalan Bukit Bintang bila ia diparkir di bahu jalan.

Honda menyedari lompong yang ditinggalkan oleh pasaran SUV ini. Di Amerika, mereka ada MDX, sebuah SUV besar kegunaan bandar sebesar Prado VX (yang direka untuk SUV offroad) Honda juga ada SUV lebih kecil seperti CRV yang terkenal di Asia, di Jepun ada sebuah lagi SUV 2 pintu iaitu HR-V dan Crossroad adalah pengisi jurang antara sebuah HR-V dan CR-V. Tapi, walaupun lebih kecil titik rodanya berbanding CRV, Crossroad adalah SUV dengan 7 tempat duduk. Barisan tempat duduk ketiganya itu tidaklah besar mana pun, bolehlah untuk menempatkan bayi 10 bulan atau telur 2 sarang.

Jika saiz ialah satu halangan, bagaimana pula dengan Crossroad ini? Justeru, kita harus melihat dari perspektif berbeza bila sesetengah orang akan cuba mengadaptasikan minat dengan apa yang mereka ada. DI Singapura, duit mungkin bukan halangan tapi sistem pemilikan kenderaan mereka sangat rumit. Selain bayaran COE yang mahal, kereta kedua perlu melalui proses pemilikan yang panjang, senang cerita, kalau ada pilihan untuk beli sebuah kereta, baik pakai sebuah saja. Negara pun sempit, jalan pun tak banyak. Tak macam jiran depan rumah saya satu keluarga ada 5 buah kereta. Patutnya mereka ini kena duduk banglo, barulah tak menyusahkan jiran lain bila kereta diparkir merata.

Berbalik kepada cerita Crossroad milik gadis comel dari Singapura, ini adalah kereta pertama beliau dan juga satu-satunya kereta yang beliau minati. Sama seperti orang lain, beliau meminati audio dan telah menolong industri audio di Malaysia dengan membangunkan keretanya di JB. Kos di JB lazimnya 50 peratus lebih murah berbanding dengan kos membinanya di Singapura.

Kereta ini dipasangkan dengan pemain utama Alpine IVA-W202E. Kalau nak tahu, pemain ini antara generasi awal 2-din jenis skrin sesentuh. Kalau tak silap saya tahun 2005/2006. Memang dah lama dan kalau dibandingkan dengan kualiti siri W Alpine hari ni memang kalah sangatlah. Skrin visualnya pun tak berapa tajam. Tapi pemprosesnya agak bagus juga untuk sebuah pemain yang satu ketika dahulu berharga lebih RM4000.

Walaupun dengan fungsi yang terhad, bagusnya tentang W202E ialah, ia diberikan pilihan pemproses luaran yang bermaksud, lebih banyak penalaan boleh dibuat. SUV ini dipasangkan dengan pemproses Alpine PXA-H701 yang membelah isyarat kepada set speaker hadapan jenis komponen Pegasus PG166PF. Speaker ini diperkuatkan oleh amplifier 4 saluran Pegasus PGA 1004. Secara relatifnya, kuasa yang disalurkan lebih konsisten dan speaker mampu menghasilkan outputnya yang sebenar.

Sistem Crossroad ini ringkas dengan sebuah subwoofer dipasangkan di bahagian kabin belakang. Berkenaan dengan saiz Crossroad yang terhad itu, pemasangnya mereka sebuah kotak yang dilekatkan terus pada tempat duduk belakang. Ideanya, ialah tempat duduk jenis ‘flat floor’ ini lebih mudah diubahsuai berbanding dengan konfigurasi ‘tumbling seat’,tetapi cabarannya tetap juga wujud untuk memastikan tempat duduk belakang masih boleh digunakan bila perlu.

Subwoofer Pegasus PG30P2 bersaiz 12” ini dikuasakan oleh seunit amplifier monoblock Pegasus PGA600MD. Amplifier ini bersama-sama amplifier 4 channel tadi dipasangkan pada penyandar tempat duduk belakang barisan ketiga dengan sebuah penutup perspeks dan juga lampu LED. Pemasangan ini tidak mengganggu proses turun naik tempat duduk dan ia masih berfungsi seperti asal.

Anda mungkin tidak akan belajar banyak dengan sistem SUV ini. Dan apa yang saya boleh cakap, inilah yang membezakan kami dengan majalah lain. Kami cari kereta pelik dengan pasaran yang ‘niche’. Kadang-kadang sistem ringkas boleh justifikasikan pelbagai ragam benda yang berkaitan. Susah nak faham. Dipendekkan cerita, kita semua memang minat audio. Kalau ada lori ais pasang audio sekalipun dah tentu kami siarkan!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 26

Previous Post

Kereta Audio Untuk Hiburan Famili

Next Post

Dikeluarkan Dalam Tiga Versi Dengan Transmisi Empat Kelajuan Manual

Next Post

Dikeluarkan Dalam Tiga Versi Dengan Transmisi Empat Kelajuan Manual

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved