Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Sebuah Eksperimen Yang Berani

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-10-23
in SHOW OFF, UTAMA
0

Siapa yang tidak kenal dengan kereta Kembara putih ini yang seringkali muncul dan menjadi penghias seri beberapa majalah kereta terkemuka tempatan. Persoalannya, apa kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki oleh Kembara putih ini sehingga melayakkanya menembusi tembok kebal majalah-majalah ini berbanding kereta Kembara yang lain? Adakah rona putih pada badan yang menyerlah bak dewa jalanan, modifikasi pada prestasi, interior merah garang yang solid atau pun kereta ini sememangnya mempunyai tuah tersendiri?

Kembara putih ini seakan mantera sakti yang membuatkan setiap mata memandang terkesima dan telinga mendengar melonjak seketika. Campurkan kesemua alasan tadi, itulah faktor yang membuatkan Kembara ini muncul pula di ruangan Show Off edisi kali ini. Ya! Bukan kerana jenama semata-mata tetapi prestasi kereta ini secara keseluruhannya. Putih bersih yang memikat, interior merah yang tampak sofisikated, prestasi yang diperkuat dan paling utama, semestinya I.C.E yang bikin penggila I.C.E lain gigit jari dan ternganga tak sudah.

Keberanian tuan pemilik kereta ini, Moh Sin Pen bereksperimentasi dengan aksesori audio berjaya menemukannya dengan bunyi yang diidam-idamkan. Beliau yang lebih selesa dengan panggilan Moh, ternyata bangga dengan usaha selama sepuluh tahun mengabdikan diri dalam dunia I.C.E ini. Mula mengenali I.C.E ketika pertama kali bekerja di kedai aksesori dan sejak hari itu, beliau tidak lagi menoleh ke belakang dan terus memburu hanya yang terbaik bagi memiliki I.C.E yang sentiasa didambakan.

Jarang sekali kereta jenis SUV, khususnya Kembara seperti yang dimiliki Moh menjalani proses modifikasi. Adapun yang selalu menjadi pilihan utama kaki-kaki modifikasi, tentu sekali kereta jenis k-car. Namun, dek kerana minat dan dalam masa yang sama mahukan keselesaan, Moh meneruskan juga niatnya mengubah dan menaiktarafkan Kembara keluaran tahun 1998 ini. Sudah sebelas tahun, Kembara ini masih seperti baru tak pula seperti jiran rumah sebelah yang skirt depan dan belakang compang-camping macam kena langgar lori.

Bagi mendapatkan kelancaran setiap kali menikmati sistem I.C.E kereta Kembaranya ini, beliau telah memilih jenama Pioneer yang bertugas sebagai nadi penggerak iaitu pemain utama. Bukan bersikap stereotaip, tetapi kerana reputasi yang dibawakan oleh jenama ini membuatkan Moh tekad memiliki pemain utama model DEH-P9650MP. Dengan kebolehan memainkan pelbagai jenis format multimedia, pemain utama ini memastikan kelancaran penghantaran isyarat secara lebih terperinci, tepat dan bersih.

Namun tak guna kalau tugas dibebankan secara solo ke atas pemain utama. Adalah penting untuk semua aksesori yang terlibat juga mencapai atau menyamai tahap kualiti yang telah dibawakan oleh pemain utama tadi. Menyedari hakikat itu, Moh telah menggunakan enam unit amplifier jenama Caliber yang terdiri dari 3 buah amplifier 2 channel CA-S1520 dan 3 buah lagi amplifier monoblock CA-1700.D. Ia bertujuan untuk memperbesarkan isyarat diterima dari pemain utama dan disalurkan pula kepada speaker dan woofer.

Kalau dicampurkan bilangan speaker yang dipadatkan dalam Kembara ini, semuanya ada 12 biji. Itu tidak lagi termasuk dengan bilangan tweeter dan juga woofer. Melihatkan angka saja, sudah pasti berat benar beban yang diletakkan ke atas Kembara ini. Tak hairanlah, kereta ini digelar sebagai jentera pemusnah. Bila berbunyi saja, pasti pukul habis. Bergoncang dunia pun boleh dibuatnya! Di bahagian belakang, Moh memuatkan 6 biji woofer 12” Caliber CSW-125VC yang mana setiap dua biji dikuasakan oleh sebiji amplifier monoblok Caliber.

Selain woofer, Moh turut meletakkan 2 biji mid bass 8” Caliber CBM-651, 6 biji mid bass 6” juga dari jenama Caliber dan sepasang horn tweeter Caliber. Di bahagian depan pula, iaitu di bahagian kedua-dua pintu depan Moh telah menggunakan 2 biji mid bass 6” dan sepasang lagi horn tweeter. Kesemua speaker ini telah dikuasakan pula oleh 3 amplifier 2 channel Caliber. Tak ubah seperti raja speaker pula dek kerana jumlah speaker yang banyak ini.

Tidak seperti kereta lain, sistem I.C.E Moh tidak hanya tertumpu semata-mata kepada audio. Malah, bagi memberi keseimbangan berhibur Moh telah menambahkan bilangan monitor dengan menjadikan pemain DVD For You DV710 sebagai penghantar isyarat kepada kesemua 5 monitor yang ada iaitu 1 monitor 6.5” Necvox FD-2680, di tengah-tengah dashboard dan 4 yang lain pula adalah monitor wess 8”. 2 di bahagian depan dan dua lagi di bahagian pintu belakang Kembara.

Melihatkan muatan dalam kembara ini pasti ada yang menggeleng berulang kali. Setiap aksesori audio disusun elok dan cantik sekaligus memperlihatkan keunikan interior yang disimbah warna merah menyala. Tambah menarik dengan kewujudan kepala raksasa, dengan mata yang menyala tak ubah bagai penjaga I.C.E kereta ini. Manakala, kiri kanan terpampang aksesori audio sengaja ditempatkan di bahagian pintu. Memang Moh bijak menyusun atur agar tidak kelihatan semak dan sesak. Bak kata orang, sedap mata memandang sedap lagi telinga mendengar.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 6

Previous Post

Rekaan Yang Diilhamkan Dari Mentadak Mentadu.

Next Post

Pemburuan Untuk Kesempurnaan Yang Tiada Noktah

Next Post

Pemburuan Untuk Kesempurnaan Yang Tiada Noktah

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved