Hampir setiap hari kita terdedah dengan udara tidak bersih serta tercemar yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan mengganggu kesihatan. Pelepasan asap kotor oleh kenderaan, kilang-kilang, asap rokok serta pembakaran terbuka antara penyebab pencemaran yang mengandungi bahan-bahan kimia, jirim zarah atau bahan biologi seperti sulfur dioksida, karbon dioksida, logam toksik, sisa-sisa radioaktif dan plumbum tembaga dalam udara. Pencemaran udara ini memberi kesan seperti hujan asid, penipisan lapisan ozon dan juga ancaman jerebu yang berlaku saban tahun. Sepanjang musim jerebu lalu, kita dinasihatkan kurang melakukan aktiviti luar dan duduk dalam kawasan bertutup. Tahukah anda, bahawa pencemaran udara dalam ruang yang tertutup adalah lebih tinggi berbanding di kawasan terbuka?
Kenapa anda perlu pembersih udara?
Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA – The Environmental Protection Agency), udara tercemar dalam ruang tertutup adalah dua atau lima kali ganda lebih tinggi berbanding kawasan terbuka. Ramai di antara kita menghabiskan lebih kurang 80-90% masa berada dalam ruang tertutup seperti rumah, pejabat, sekolah dan lain-lain lagi. Manakala bahan-bahan cemar yang mengakibatkan alahan dan asma termasuk habuk, bulu-bulu binatang (kucing,anjing) asap tembakau dan bahan kimia yang disebarkan menerusi udara.
Oleh yang demikian, penggunaan pembersih udara amat penting untuk memastikan anda menghirup udara yang sihat. Selain itu, ia juga memainkan peranan penting dalam membantu pesakit asma dengan menyediakan udara bersih serta berkualiti. Di atas kesedaran itu, Blaupunkt telah mengeluarkan pembersih udara AirPure yang ditawarkan dalam dua model, AirPure AP1.0 dan AirPure AP1.1.
Kenapa udara di ruang tertutup lebih tercemar berbanding ruang terbuka?
Mungkin ia perkara yang mengejutkan anda bahawa udara di ruang tertutup lebih tercemar berbanding kawasan terbuka. Ramai menganggap berada dalam rumah yang bertutup rapi akan melindungi dari ancaman pencemaran udara. Tidak benar. Antara sebab penting untuk mendapatkan pembersih udara dalam rumah atau pejabat adalah kerana tiadanya pengalihan udara yang baik, udaranya pula mengandungi habuk, asap tembakau yang bercampur pula dengan ruapan organik dan bukan organik seperti pelarut cat, penyalut perabut serta radon (gas radioaktif yang berbahaya, tanpa warna dan tanpa bau). Berada dalam rumah atau pejabat bermakna, anda terperangkap bersama bahan-bahan cemar yang berbahaya ini setiap kali menghirup udara sekali gus merisikokan kesihatan.
AirPure AP 1.0
Menapis & Meningkatkan Kualiti Udara Dalam Kereta Hanya Perlu Plug & Play
Melepaskan udara bersih ke atmosfera dalam lingkungan 3-10m³ (udara bersih dalam 10-25min). Direka dengan sistem tapisan 3-lapis, AirPure AP1.0 mampu membersihkan sehingga 99%, menyingkirkan zarah-zarah berbahaya dalam udara dengan hanya menyentuh kawalan. Berfungsi secara plug and play, AirPure mampu mendapatkan udara bersih tanpa had. Kehadiran AirPure ini tidak akan disedari ekoran aras bunyi rendah yang dikawal. AirPure menawarkan udara bersih khususnya kepada anda yang mengalami alahan, asma dan pemasangannya sangat penting terutamanya pada musim jerebu. AirPure berfungsi dengan cemerlang samada dalam kereta atau bilik.
Penapis
PM2.5, virus VOC (bahan senyawa organik) dan bakteria
Ciri-Ciri
Penapis Ganti : HEPA (PM2.5)
Karbon yang Diaktifkan
Jarak-gelombang Ultra-ungu : 253.7nm
Ruang Boleh-guna : 3m²- 5m²
Kapas Polypropylene (PP)
Terapi Aroma
Kawalan Sesentuh On/Off
Aras Kebisingan : <35dB
Kadar Kuasa : <5W
Bekalan Kuasa : USB DC 5V/1A
Aksesori : Pengecas USB DC
Berat : 406g
Saiz (DxH) : 71 x 183mm
Pemasangan Mudah
Tiada kerja-kerja rumit yang diperlukan untuk memasang peranti ini. AirPure AP1.0 ini boleh disambungkan secara Plug & Play dan bukan sahaja boleh digunakan dalam kereta, malah dalam mana-mana ruang terhad yang lain. Dalam kereta, ia boleh dipasangkan di ruang pemegang cawan, sambungkan dengan kabel USB. Hanya dengan sentuhan yang lembut pada panel kawalan, AirPure ini dihidupkan untuk menapis udara bersih.
Sistem Penapis 3 Lapisan
Sistem penapisan ini membolehkan AirPure menghilangkan bahan cemar yang ada dalam udara dengan setiap lapisan menapis zarah-zarah dari kumpulan tertentu untuk membersihkan udara dalam atmosfera.
Lampu Germisid Ultra-ungu
Penambahan lampu ultra-ungu ini adalah untuk menghapuskan kuman dan bakteria dalam udara dengan mengganggu asid nukleik dan merosakkan DNA, mencegahnya dari tersebar. Langkah ini mempercepatkan pensterilan (pembersihan) atmosfera.
Therapeutik Aroma
Bagi memberi sedikit keseronokan menikmati udara bersih, AirPure mempunyai pemegang aroma yang kecil dalam peranti ini. Anda boleh mengisi minyak pati kegemaran dan tidak lagi perlu menyimpan penyegar udara dalam kereta.
* Sinar UV, penapis HEPA dan penapis karbon diaktifkan menawarkan ketepatan pensterilan sehingga 99%.
* Sinar UV akan diaktifkan sebaik sahaja AirPure dihidupkan.
Peringkat 1: Pra-penapis
Lapisan pra-penapis memerangkap zarah-zarah besar seperti rambut manusia, bulu-bulu binatang, habuk dan lain-lain.
Peringkat 2 : Penapis HEPA
Lapisan penapis HEPA menyingkirkan zarah-zarah halus sehingga 0.3 mm seperti alergen bawaan udara termasuk mikro-organik, bakteria, virus dan debunga.
Peringkat 3: Penapis Karbon yang Diaktifkan
Penapis karbon yang diaktifkan digunakan untuk menghilangkan bau yang kuat, bahan senyawa organik, gas berbahaya dalam udara. Bahan Senyawa Organik (Volatile Organic Compounds – VOCs) yang ada dalam kereta terdiri daripada polimer, busa, upholsteri, pelekat, penyalut dan kayu komposit.
AirPure AP 1.1
Sistem Penapisan 3-lapisan | Mod Kipas Pintar | Penunjuk Kualiti Udara PM2.5
Melepaskan udara bersih ke atmosfera dalam lingkungan 3-11m³ (udara bersih dalam 10-25min). Direka dengan sistem tapisan 3-lapis, AirPure AP1.1 mampu membersihkan sehingga 99%, menyingkirkan zarah-zarah berbahaya dalam udara dengan hanya menyentuh kawalan. Berfungsi secara plug and play, AirPure mampu mendapatkan udara bersih tanpa had. Kehadiran AirPure ini tidak akan disedari ekoran aras bunyi rendah yang dikawal. AirPure menawarkan udara bersih khususnya kepada anda yang mengalami alahan, asma, anak-anak kecil dan pemasangannya sangat penting terutamanya pada musim jerebu. AirPure berfungsi dengan cemerlang samada dalam kereta atau bilik.
Penapis
PM2.5, Virus VOC (Bahan Senyawa Organik) dan Bakteria
Spesifikasi
Pemapar Penunjuk : PM2.5 Level, Peringatan Ganti Penapis, Kelajuan Kipas Auto/Manual
Pra-pek dengan penapis AirPure Blaupunkt (APF1)
Aras Kebisingan : <35dB
Jenis Kipas : Double inlet DC Turbo Fan
Gred Penapis HEPA : H11
Jarak Gelombang Ultra-Ungu : 253.7nm
Ruang Boleh-guna : 3m²-5m²
Voltan Input : 5V
Arus : 1A
Kuasa : <5W
Dimensi : 71mm x 195mm
Berat Bersih : 425g
Aksesori : Kabel kuasa USB
Pengesan Automatik Kualiti Udara
Penunjuk PM2.5
Kawalan Kelajuan Kipas dan Butang Kuasa
Penunjuk Kelajuan Kipas
Lampu Germisid UV
Peringatan Ganti Penapis
Penunjuk Biru
• Kualiti Udara Baik
• Nilai PM2.5 : 0 to 50μg/m³
• Mula beroperasi pada status pengesan automatik dengan kelajuan kipas yang rendah
Penunjuk Hijau
• Kualiti Udara Sederhana
• Nilai PM2.5 : 51 to 99μg/m³
• Kelajuan kipas ditukar lebih tinggi secara automatik
Penunjuk Merah
• Kualiti Udara Teruk
• Nilai PM2.5 : 100 to 999μg/m³
• Kekal pada kelajuan tinggi
Peringatan Ganti Penapis
Penunjuk Merah
• Pengguna diingatkan untuk memeriksa keadaan penapis sebaik sahaja ia mencecah penggunaan 300 jam.
Pemasangan Mudah
Tiada kerja-kerja rumit yang diperlukan untuk memasang peranti ini. AirPure AP1.1 ini boleh disambungkan secara Plug & Play dan bukan sahaja boleh digunakan dalam kereta, malah dalam mana-mana ruang terhad yang lain. Dalam kereta, ia boleh dipasangkan di ruang pemegang cawan, sambungkan dengan kabel USB. Hanya dengan sentuhan yang lembut pada panel kawalan, AirPure ini dihidupkan untuk menapis udara bersih.
Sistem Penapis 3 Lapisan
Sistem penapisan ini membolehkan AirPure menghilangkan bahan cemar yang ada dalam udara dengan setiap lapisan menapis zarah-zarah dari kumpulan tertentu untuk membersihkan udara dalam atmosfera.
Lampu Germisid Ultra-ungu
Penambahan lampu ultra-ungu ini adalah untuk menghapuskan kuman dan bakteria dalam udara dengan mengganggu asid nukleik dan merosakkan DNA, mencegahnya dari tersebar. Langkah ini mempercepatkan pensterilan (pembersihan) atmosfera.
Therapeutik Aroma
Bagi memberi sedikit keseronokan menikmati udara bersih, AirPure mempunyai pemegang aroma yang kecil dalam peranti ini. Anda boleh mengisi minyak pati kegemaran dan tidak lagi perlu menyimpan penyegar udara dalam kereta.
* Sinar UV, penapis HEPA dan penapis karbon diaktifkan menawarkan ketepatan pensterilan sehingga 99%.
* Sinar UV akan diaktifkan sebaik sahaja AirPure dihidupkan.
Peringkat 1: Pra-penapis
Lapisan pra-penapis memerangkap zarah-zarah besar seperti rambut manusia, bulu-bulu binatang, habuk dan lain-lain.
Peringkat 2 : Penapis HEPA
Lapisan penapis HEPA menyingkirkan zarah-zarah halus sehingga 0.3 mm seperti alergen bawaan udara termasuk mikro-organik, bakteria, virus dan debunga.
Peringkat 3: Penapis Karbon yang Diaktifkan
Penapis karbon yang diaktifkan digunakan untuk menghilangkan bau yang kuat, bahan senyawa organik, gas berbahaya dalam udara. Bahan Senyawa Organik (Volatile Organic Compounds – VOCs) yang ada dalam kereta terdiri daripada polimer, busa, upholsteri, pelekat, penyalut dan kayu komposit.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
AMICI SDN BHD
No. 11, Jalan DBP 1,
Dolomite Business Park,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor
No Tel : 03-6189 8188
Whatsapp : +60 17-294 3338
Emel : [email protected]
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UC48hCTl_e8nMFRlCxZojDPQ
Web : https://www.blaupunkt.com/ase/
Web : https://www.amicimalaysia.com/
Facebook : https://www.facebook.com/blaupunkt.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/BlaupunktCarEntertainmentMY/