Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Mercury, Merdu dan Sempurna

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-11-01
in BULETIN, SHOW OFF
0

Kepesatan pembangunan teknologi yang kian canggih, diikuti pula citarasa serta kehendak audio yang sentiasa memburu kesempurnaan menjadikan dunia audio hari ini dibanjiri dengan pelbagai jenama yang cuba memenuhi dan menepati permintaan pasaran. Salah satu jenama yang bukan sahaja dibina untuk memeriahkan pasaran tetapi memberikan produk terbaik serta mampu milik Mercury, setanding kualiti jenama hi-end keluaran Eropah.

Apabila pemasangan sistem audio berkait rapat dengan kemenangan atau dalam bahasa lebih mudah, objektif ia dibina semata-mata untuk menyertai pertandingan, maka pemilihan Mercury sebagai kelengkapan audio adalah sangat tepat. Bagi Duyong Flaming Auto & Audio Services, installer yang beroperasi di Melaka ini memilih penalaan sistem audio SQ 3-hala untuk dipadankan dengan kereta Toyota Vios ini dan ternyata, ia satu pilihan yang bijak apabila berjaya mendapat tempat di pertandingan berprestij yang diadakan bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa khususnya di Asia.

Membina sebuah sistem audio dengan talaan SQ 3-hala, tumpuan audio diberikan secara menyeluruh di bahagian hadapan. Penetapan kedudukan serta posisi setiap unit speaker di bahagian ini sangat penting. Terdiri dari 3 jenis speaker; mid bass, mid range dan tweeter, ia membawa fungsi yang berbeza di antara satu dengan yang lain sekaligus memberi keseimbangan yang sempurna dari frekuensi rendah hingga frekuensi tinggi.

Bagi mencapai kesempurnaan ini, beberapa aksesori audio bantu lain turut digunakan termasuklah pemain utama dari Alpine IVA-W520E menggantikan stok asal dan ia beraksi cemerlang setiap kali dipadankan dengan pemproses Alpine H800. Isyarat yang dibaca menerusi pemain utama tadi, diproses dan dihantar ke pemproses isyarat digital ini yang bertindak sebagai penapis. Tidak dinafikan pemain Alpine telah memproses isyarat dengan lancar serta memancarkan isyarat yang bersih, namun penambahan aksesori audio bantu seperti pemproses H800 menjadikan ia sempurna. Bersesuaian dengan kualiti yang diperlukan oleh setiap sistem audio dengan talaan SQ.

Sekiranya anda pernah menyaksikan cara para juri memberikan markah kepada kereta-kereta audio di tapak pertandingan, pastinya dapat melihat bagaimana telitinya proses permarkahan dilakukan. Tanpa penggunaan alat bantu, anda merasa setiap sistem audio yang dipertandingkan mempunyai kualiti bunyi yang hampir serupa dan layak menang. Kalau begitulah caranya memberikan markah, maka senang sungguh cara untuk mencari pemenang. Tidak. Ia lebih kepada pengamatan bunyi yang teliti. Bukan sembarangan orang boleh menjadi juri. Kemahiran dan teknik mendengar harus ada pada setiap juri khususnya juri-juri untuk pertandingan audio yang cukup terkenal seperti EMMA.

Berbalik semula ke sistem audio yang dipasangkan pada Toyota Vios ini, isyarat yang telah diproses di pemproses isyarat digital H800 tadi seterusnya dialirkan serta dipecahkan kepada dua laluan baru yang mana kedua-duanya merupakan amplifier 4 channel Mercury K4S. Unit pertama amplifier 4 channel ini ditugaskan memacu dua unit mid range dan dua unit tweeter dari Mercury siri Competition II.

Dipasangkan pada kedua-dua perumah khas yang dibina di setiap sudut tiang A. Jika mid range ‘membekalkan’ bunyi bass, ia diseimbangkan pula dengan frekuensi tinggi yang dihasilkan dua unit tweeter tadi. Melengkapi sistem SQ 3-hala ini adalah dua unit mid bass juga dari set speaker komponen yang sama dari Mercury Competition II. Dipasangkan di kedua-dua belah panel pintu, speaker mid bass ini juga dipacukan oleh unit amplifier 4 channel yang sama.

Mengakhiri set sistem audio SQ ini pula adalah seunit woofer Mercury berukuran 10”, Mercury Maxx10. Kedudukannya yang sengaja diletakkan di bahagian belakang kereta bagi memberikan kesan bunyi yang menyeluruh, woofer ini dikuasakan seunit lagi amplifer 4 channel Mercury K4S. Mungkin aliran sistem audio SQ yang dibina pada Toyota Vios ini telah berakhir, namun satu yang perlu diberikan perhatian adalah cara woofer dan beberapa aksesori audio telah disusun dan dipasangkan di bahagian belakang. Ia boleh diringkaskan sebagai; kemas, tersusun dan bergaya.

Merangkul kemenangan dalam beberapa pertandingan audio anjuran EMMA yang diadakan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa mewakili Malaysia di negara-negara Asia, ia membuktikan kelengkapan yang terdiri dari satu jenama sudah cukup untuk membina sebuah sistem yang cemerlang. Ia bukan hanya terletak di atas prestasi sesuatu jenama, sebaliknya kecemerlangan pemasangan installer Duyong Flaming perlu diambilkira.

Previous Post

Pembersih Udara Blaupunkt AirPure

Next Post

TT Santai AE9X Brotherhood 2k19

Next Post

TT Santai AE9X Brotherhood 2k19

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved