Bertempat di Resort Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar telah menjadi lokasi berlangsungnya program TT Santai AE9X Brotherhood 2k19 yang diadakan pada 12 Oktober 2019 yang lalu. Bermula dari bual-bual kosong, program ini berjaya direalisasikan oleh komiti AE9X Taiping dan rakan-rakan pemilik kereta ini dari sekitar negeri Perak. Lebih 90 buah jentera AE9X telah berkumpul yang datang dari seluruh semenanjung Malaysia.


Dimulakan pada pukul 12.00 tengah hari, program ini dipadatkan dengan pelbagai pengisian aktiviti cukup menarik yang bermula dengan ketibaan para peserta. Seterusnya, program dimeriahkan dengan segmen Autoshow yang dimulakan pada pukul 3.00 petang. Sebanyak 12 kategori dipertandingkan antaranya seperti Best MDM, Best JDM, Best USDM, Best LEVIN, Best CHEILO, Best FX, Best Interior, Engine dan banyak lagi.


Setiap kereta yang menyertai acara ini telah di parking secara lurus sebelum sesi penjurian bermula. Setelah para juri berpuas hati dengan persembahan yang dipersembahkan, acara diteruskan dengan aktiviti berkonvoi pula. Para peserta konvoi bergerak melewati Istana Bukit Chandan dan bergambar kenangan di sana. Bagi makluman, resort ini dipilih kerana mempunyai fasiliti yang lengkap dan boleh digunakan.


Pada sebelah malam, acara dirancakkan lagi dengan aktiviti barbeku sambil berkaraoke untuk para peserta yang hadir. Aktiviti ini secara tidak langsung, merapatkan lagi ikatan silaturahim dan saling bertukar pandangan tentang minat masing-masing. Diharapkan lebih banyak acara seperti ini untuk para pemilik AE9X diteruskan di negeri-negeri lain.


Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak penganjur, komiti AE9X Taiping dan semua kru, peserta kelab-kelab kereta dam juga orang perseorangan. Antaranya termasuk Kualer Corolla Club, KELKETU, Legasi Toyota, CIOC Ipoh, Toyota Corolla Kg Gajah, TTK, TLC, Cheilo Comrade, Toyota Penang Community, Toyota Corolla N9, AE9X King dan semua penaja hadiah.
Disediakan oleh : En. Bob






































