Pernahkah anda terfikir, mengapa pasaran hari terus dibanjiri jenama yang mengeluarkan pemain utama apabila model-model kereta yang keluar dari kilang sudah lengkap dengan pelbagai ciri mengikut keperluan, kehendak dan citarasa terkini? Adakah kerana pemain yang didatangkan dari kilang ini tidak sesuai dengan telefon pintar pemandu atau ia gagal menepati kehendak sebenar kebanyakan pemandu?
Bagi memenuhi keperluan, kehendak dan dalam masa sama, bergaya dan tidak membosankan, Excedio telah mengeluarkan barisan pemain android yang serba lengkap seperti Ex 360-9232 dan EX 2169 SD. Bukan sahaja menghiburkan dan menjadi peneman pemanduan, pemain android Excedio ini dilengkapi pelbagai ciri terkini sekali gus menepati kritieria sebuah infotainment yang cemerlang.
Didatangkan dengan skrin seluas 9” berdefinisi tinggi, papan pemuka pemain android ini sangat mesra pengguna atau dalam erti kata yang lain, sangat mudah digunakan. Lebih menarik lagi, anda boleh mengakses internet pada bila-bila masa dengan sambungan hotspot yang disediakan. Jadi, anda tidak perlu risau tersesat jalan atau tidak sampai ke destinasi yang dikehendaki kerana pemain android Excedio ini sesuai dengan pelbagai aplikasi GPS seperti Google Map atau Waze.
Sebagaimana yang dinyatakan awal-awal tadi, pemain Excedio ini merupakan sebuah peranti infotainment terkini yang cemerlang. Bukan sahaja mudah digunakan, pemain android dengan memori 32Gb ini membolehkan anda muat-turun – aplikasi kegemaran menerusi App Store. Kalau anda gemar dengan hiburan, pemain android Excedio boleh menjadi peneman perjalanan yang paling setia dengan kemampuan memainkan muzik atau video kegemaran anda samada dari yang ada dalam simpanan pemain ini atau pemacu USB dan juga kad SD.
Dengan segala ciri-ciri terkini yang dilengkapi ke atas pemain android ini, sudah pasti ia menjadi pilihan yang tepat. Di akhirnya nanti, apa yang benar-benar diperlukan semasa memandu adalah sebuah pemain yang mudah dikendalikan, penuh dengan pelbagai informasi dan membantu memudahkan perjalanan agar tiba ke destinasi yang diingini dengan selamat. Setuju?
Pemain Android Excedio EX 360-9232
– Android dalam kereta 9”
– Skrin 9” berdefinisi tinggi (IPS 1280 x 720)
– Papan pemapar yang mesra pengguna
– Real 2G RAM dengan memori 32GB
– 4 Core Android Version 9 (Pie)
– 4754 radio FM/AM
– Frekuensi dari 87.5 sehingga 108.0
– Akses internet dengan menggunakan Hotspot
– Muat turun aplikasi kegemaran anda di Play Store
– Peranti GPS disediakan
– Sesuai untuk semua aplikasi GPS (Google Map/Waze dan lain-lain)
– Mainkan muzik dan video kegemaran anda dari simpanan pemain android atau pemacu USB dan kad mini SD
– Pemproses bunyi digital (dsp) bina-dalam dan nikmati muzik dengan lebih selesa
Pemain Android EX 2169 SD
– Android Ver 10
– 4 Core 1.8 x 4
– 2g + memori 16GB
– Definisi penuh (1024 x 600)
– 50 w RMS x 4
– Memori kad sehingga 64GB
– Fungis kamera hadapan
– Panel IPS 9” berdefinisi tinggi (1240 x 600)
– Android version 10
– 6686 radio dengan RDS
– Pemproses bunyi digital
– Akses internet dengan Hotspot
– Muat turun aplikasi dari Play Store
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Eagerise Sdn Bhd
50, Jalan LJ 3,
Taman Industri Lembah Jaya,
68000, Ampang,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 03 – 4270 0318
Emel : [email protected]