Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kenderaan Demo RAIH Perhatian!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-09-30
in SHOW OFF, UTAMA
0

VIN ini kalau diikutkan maksud akronimnya Vehicle Identification Number – nombor casis kenderaan. Namun, Vin yang ingin dikongsikan ceritanya ini ialah kedai aksesori Vin yang terletak di daerah Kulai Johor. Kali terakhir saya lalu kawasan Kulai, mungkin 10 tahun lepas. Rasa jauh sangat dengan JB. Sekarang dengan jalan yang banyak pilihan termasuklah lebuh raya EDL, rasa macam dekat eh?

Dimiliki oleh Alvin, beliau telah memulakan perniagaan aksesori kereta sejak 6-7 tahun yang lepas. Untuk bersaing di daerah yang terkenal dengan kreativiti rakyatnya mengubahsuai kereta, Alvin terpaksa mengorbankan keretanya sendiri untuk dijadikan kereta demo. Pada asalnya, Avanza ini dibeli untuk pengangkutan keluarga tetapi memandangkan perniagaan lebih utama, ia dijadikan kereta eksperimen beberapa produk audio dan juga kerja custom.

Semuanya dibuat sendiri di premis miliknya yang terletak di Taman Sri Kulai Baru. Kesibukannya 5 tahun lepas tak sama dengan hari ini. Dengan semangat anak muda yang ingin membuktikan sesuatu yang kreatif, Alvin mereka sendiri bodykit agresif yang terdiri dari bumper depan belakang, skirting sisi dan juga spoiler pelindung hujan itu. Seluruh badan kereta dibalut dengan pelekat matt merah sementara rim asal digantikan dengan Vossen 17 inci.

Bahagian dalaman juga diubahsuai dengan rekaan konsol buatan fiber di bahagian penumpang untuk dipasangkan dengan Tab 10” Samsung. Ironiknya waktu ambil gambar keluar pula visual Gangnam Style. Kerja-kerja custom ini juga melibatkan bahagian lelangit bumbung yang dipasangkan dengan lampu LED dan seunit monitor TFT kecil.

Sistem audio kereta dibuat secara menyeluruh dari pemain sehingga ke susunan speaker dan aksesorinya. Pemain utama ialah Pioneer DEH-1550UB yang dipasang secara paralel dengan unit Pioneer DEH-8350SD. Kedua-dua pemain ini bagaimanapun mengeluarkan isyarat kepada RCA yang sama menerusi 2 unit pre-amp Performance EQ-71 POP dan EQ-51 POP.

Susur keluar staging bunyi kemudiannya diagihkan kepada dua laluan gelombang rendah dan juga sederhana tinggi. Unit EQ-71 POP tadi menghalakan isyarat kepada 2 unit amplifier Performance PF-300.2 (amp 2 channel 300watt) dan Performance PF-600.2 amp 600watt 2 channel. Masing-masing bertugas membekalkan kuasa secukupnya pada high mid untuk enam unit horn tweeter PF-25HT dan 10 unit speaker range penuh 6 ½” Performance PF6.5SP rangkaian penuh.

Kelengkapan speaker dan tweeter ini dipasangkan pada bahagian bagasi belakang, menggantikan ruang kerusi barisan ketiga. Ia termasuklah 6 unit woofer 12” yang merupakan kelengkapan penting setiap kali kenderaan didemokan pada orang ramai. Woofer dari model Performance PF12-SD tersebut dipandu oleh dua unit amplifier Performance jenis monoblok model PF-5000.1

Kesemua pemasangan pada Avanza ini dibuat sendiri oleh Alvin sebagai salah satu cara mempromosikan hasil kerjanya. Penat lelah beliau ternyata berbaloi kerana sejak dari Avanza ini disiapkan, beliau tidak putus menerima pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa dan gender. Pertama kali juga kami lihat beberapa orang pemilik wanita (yang bakal disiarkan selepas ini) turut sama memeriahkan scene audio di JB. Kereta yang diprojekkan juga bukanlah kereta buruk nak runtuh sebaliknya kereta kegunaan sendiri seperti Proton Exora dan Nissan Almera yang kedua-dua pemiliknya adalah perempuan!

Kita dapat rasakan perniagaan dalam industri ini agak lembap akibat kesan ekonomi semasa. Namun yang demikian, Alvin berupaya mengumpul dan mengekalkan momentum projek audio dan juga terus menyokong pertandingan dan pameran yang dijalankan. Syabas Alvin!

Previous Post

Pemain Android Excedio, Infotainment Generasi Terkini

Next Post

Pemain Android Base, Ringkas Tetapi Pantas

Next Post

Pemain Android Base, Ringkas Tetapi Pantas

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved