Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pelancaran barisan produk terbaru Blaupunkt sebagai pembuka tirai tahun 2020 untuk pasaran Myanmar, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di Asia. Dilancarkan secara rasminya pada 10 Januari lalu di Mercure Yangon Kaba Aye, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran para pengedar rasmi produk Blaupunkt, tetamu kehormat dan juga barisan media.
Pelbagai barisan produk keluaran Blaupunkt ini telah diperkenalkan dan dirasmikan di hadapan para pengamal media ini. Antaranya barisan produk yang dilancarkan pada majlis tersebut termasuklah lampu LED Blaupunkt, Blaupunkt Digital Video Recorder (DVR), Blaupunkt Tire Inflator, Blaupunkt Sun Protection Film – SPF (Installation Kit), Blaupunkt Velocity Power Active Subwoofer XLf 200A dan banyak lagi.