Mungkin ramai memandang remeh terhadap kepentingan bilah pengelap cermin kereta dan membeli secara sembarangan terutamanya apabila terpengaruh dengan kata-kata manis jurujual. Tanpa sebarang pengetahuan tentang produk yang dijual, ramai cepat membeli sebaik sahaja diberitahu tentang harga murah, tahan lasak, lebih tahan lama serta menjimatkan.
Hakikatnya, tidak sampai beberapa kali bilah pengelap cermin kereta digunakan ia bukan sahaja mula rosak dan tidak berfungsi seperti yang dikhabarkan, malah telah merosakkan permukaan cermin kereta. Dek kerana ingin berjimat, ramai tertipu yang akhirnya mengundang masalah lebih besar. Sebelum perkara ini terjadi, lebih baik uji dan ketahui tentang produk yang ditawarkan terlebih dahulu. Adakah ia sesuai dan benar-benar berkualiti?
Bercakap tentang kesesuaian dan kualiti, Blaupunkt telah mengeluarkan siri bilah pengelap cermin kereta Velocity yang direka agar pergeseran antara getah dan permukaan cermin kereta berlaku pada kadar paling minima sekali gus meningkatkan prestasi, pengelapan lebih lancar dan mengurangkan bunyi bising.
Kebanyakan bilah pengelap cermin kereta konvensional bergaya braket berbanding bilah pengelap cermin kereta Blaupunkt Velocity yang bersifat aerodinamik. Rekaan aerodinamik ini mengelakkan kesan angin ketika kereta memecut. Bilah pengelap cermin kereta Velocity ini boleh didapati dalam pelbagai saiz serta didatangkan bersama penyambung (adapter) pelbagai guna dan paling penting, ia mudah dipasangkan.
Bilah pengelap cermin kereta Blaupunkt Velocity dengan kejuruteraan Jerman ini memenuhi standard perindustrian Jepun dari segi kualiti, tahan lama, bahan kimia dan selamat untuk ozon. Diperbuat dari grafit bersalut getah semulajadi untuk meningkatkan prestasi serta tahan sebarang keadaan cuaca. Selain itu, struktur yang dipertingkatkan untuk ketahanan kesan tiupan angin yang lebih baik. Seterusnya jangka hayat lebih panjang dengan pengelapan sebanyak 500,000 kali.
Menawarkan pelbagai pilihan penyambung yang sesuai untuk 99% model kereta seperti Perodua, Madza, BMW, Audi, Porsche, Ford, Mercedes-Benz, Volkswagen, Lexus, Volvo, Hyundai, Kia dan banyak lagi. Manakala jenis-jenis penyambung yang disediakan adalah B1 Adapter (U-Hook Arm), M3 Adapter (Push Button Arm, Pinch Tab Arm, Pin & Hood Arm, Push Button Narrow Arm), M5 Adapter (Top Lock Arm).
Saiz yang boleh didapati untuk bilah pengelap Blaupunkt Velocity; 12″, 14”, 16”, 17”, 18”, 19”, 20”, 21”, 22”, 24”, 26” dan 28”
AMICI SDN BHD
No. 11, Jalan DBP 1,
Dolomite Business Park,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor
No Tel : 03-6189 8188
Whatsapp :+60 17-294 3338
Emel :[email protected]
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UC48hCTl_e8nMFRlCxZojDPQ
Web :https://www.blaupunkt.com/ase/
Web :https://www.amicimalaysia.com/
Facebook :https://www.facebook.com/blaupunkt.asia/
Facebook :https://www.facebook.com/BlaupunktCarEntertainmentMY/