Dunia permotoran tanah air disemarakkan lagi dengan penganjuran SP3 Gathering yang berlangsung di perkarangan tapak letak kereta Bukit Merah Laketown. Program ini dianjurkan oleh Sahabat Permotoran Pulau Pinang dengan kerjasama GM Event Management dan Bukit Merah Laketown Resort.
Diadakan pada 19 Januari lalu, program ini sekali gus menjadi pembuka tirai untuk pelbagai program dan lebih banyak aktiviti menarik sepanjang tahun 2020. Sebagai pembuka tirai, pihak penganjur bersama 12 orang kru yang terlibat secara langsung telah membanting tulang dan berusaha keras demi memastikan program berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Pada awalnya, pihak penganjur menyasarkan kehadiran dan penyertaan sebanyak 300 buah jentera memandangkan program ini diadakan di awal tahun di mana para ibu bapa sibuk dengan jadual persekolahan anak-anak. Sebaliknya, para penganjur amat berbesar hati melihat sambutan di luar jangkaan. Sebanyak 480 buah jentera yang terdiri dari 20 buah kelab dan 9 buah komuniti telah hadir memeriahkan lagi program ini.
Bagi memeriahkan penganjuran SP3 Gathering 2020 ini, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik. Malah, program ini mustahil diadakan dengan begitu baik sekali tanpa barisan para penaja yang terdiri dari GM Event Management, Bukit Merah Laketown, Mat Top Perfume, Nini Kuaci Caramel dan Nazson Auto Accessories.
Semoga usaha Sahabat Permotoran Pulau Pinang untuk menyemarakkan lagi kemeriahan dunia permotoran akan diteruskan di masa akan datang dengan pelbagai program lain. Tahniah juga diucapkan kepada kelab-kelab dan komuniti-komuniti yang sudi meluangkan masa memeriahkan lagi SP3 Gathering ini. Jumpa lagi!
Disediakan oleh : Pak Art
Senarai kelab-kelab yang hadir:
1. PBOCM
2. CBBU
3. CMC
4. CCCM
5. FMOC
6. KMU
7. MAOC
8. NBC
9. RPC
10. SAGAT
11. SMOOC
12. SUANPHAK
13. WNCC
14. WOCC
15. WPCM
16. XTUNED
17. STC
18. PROSANK
19. MWCC
20. WEVOG
Senarai komuniti-komuniti yang hadir :
1. GPWM
2. FOLD MOTORSPORT
3. GABM
4. GFCC
5. GWFM
6. LSF PENANG
7. PSC
8. WSP
9. XPROCC