Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Navara Soundstream, The Power Factor

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Nissan Navara ini telah merubah 100 peratus rupa sebuah trak pikap 4X4 kepada sebuah versi jalanan yang sarat dipenuhi peralatan audio. Pengubahsuaian yang dilakukan bukan sedikit dan belanja yang diperuntukkan padanya mencecah enam angka. Kereta ini juga dimiliki oleh seorang yang begitu bermatlamat untuk mengubah trak ini secara total.

Sejak memilikinya beberapa tahun lalu, pemiliknya menjadi semakin tertarik selepas beberapa pengubahsuaian kecil dilakukan. Apa yang bermula sebagai hobi masa lapang bertukar menjadi projek double cab yang serius. Namun apa yang perlu anda tahu, kereta ini pada peringkat awalnya telah diubahsuai untuk kegunaan lasak.

Kebanyakan trak double cab mempunyai ketinggian yang bagus untuk meredah belantara. Tapi tidak pada Navara yang memiliki kelegaan bumi lebih kecil berbanding trak lain. Namun saiznya yang menarik minat ramai orang menjadikannya kenderaan offroad. Ketinggian Navara ini telah diangkat menggunakan lift kit buatan ARB dengan penambahan shackle yang ‘mengepit’ pegas dedaun di belakang menjadikannya lebih tinggi.

Tayar MT (mount Terrain) dipasang menggantikan jenis H/T asal. Rim dengan lebar 10” menjadikannya tampak lebih garang. Dalam masa yang sama, spotlight bumbung dipasang, jeriji depan ditukar, skid plate bawah enjin dan absorber diganti kepada jenis tahan lasak. Kemudian, kereta ini dibawa meredah belukar dengan beberapa orang teman.

Namun kesibukan kerja menghalang pemiliknya meneruskan aktiviti belantara yang lazimnya memakan masa yang lama bila satu-satu ekspedisi dijalankan. Masa yang terluang lebih banyak dihabiskan di kedai aksesori AB Motorsport dan dari sinilah bermula pengubahsuaian ke arah sistem audio pula. Bed belakang yang besar tadi telah dimanfaatkan sepenuhnya dengan kemasukan sebilangan besar komponen audio yang dipilih dari jenama Soundstream.

Sistem utama pikap ini diketuai pemain utama Caliber CDU-630GPS. Dari sini, 2 unit pre-amp equalizer Soundstream MPQ-7X0 digunakan sebagai unit penalaan utama. Keseluruhan pendawaian sistem bunyi bermula dari sini yang dibahagikan kepada 4 unit amplifier Soundstream Tarantula yang masing-masing dikhususkan untuk fungsi bunyinya yang tersendiri.

Dua unit amplifier 4 saluran Tarantula digunakan untuk membekal kuasa kepada 4 unit mid bass 6” Soundstream dan dua unit tweeter. Seperti yang dapat dilihat pada bahagian belakang, mid ini dipasang pada perumah buatan khas yang hanya berfungsi bila kelompok tersebut diangkat dari kedudukan asalnya. Satu lagi amplifier 4 saluran digunakan untuk menghentam 4 unit woofer kecil bersaiz 10” dan 8” yang mana jika mengikut teorinya adalah agak sukar untuk mendapat kuasa yang stabil.

Tapi lihat dulu pada konfigurasi seterusnya, unit woofer utama sebenarnya datang dari 6 unit woofer 12” empat segi tipikal Soundstream. Woofer ini berada pada kedudukan paling dasar dan bunyi hanya dapat dikeluarkan ketika kenderaan berada dalam keadaan statik. Pintu cab belakang perlu diturunkan dan setelah segala kawalan pemain terhidang, barulah sistem bunyi keseluruhan kereta ini dapat dimainkan. Pendek kata, ia memang sebuah sistem yang dibina iuntuk pameran semata.

Seunit lagi amplifier ialah unit 2 saluran yang membekalkan kuasa kepada set komponen 8” (yang dilaras sebagai mid bass) bersama 2 unit tweeter jenis horn. Kehabisan ruang memaksa pihak AB memikirkan alternatif lain dengan memadankan speaker ini di dalam selinder berbentuk bazooka untuk mendapatkan bunyi yang lebih efisyen. Usaha tersebut ternyata berbaloi di mana pusat bunyi boleh dilaraskan dengan menempatkan speaker ini di lokasi yang sesuai.

Sebenarnya, saya melihat Navara ini lebih daripada sekadar projek audio yang biasa. Kerja-kerja customization dan penalaan yang dibuat sangat rumit dan memakan masa yang lama. Setiap bahagian dibuat dengan teliti agar kesemuanya dapat berinteraksi sama ada dari segi kualiti bunyi mahupun secara estetik. Pada akhir pemadanannya, kita dapat lihat hasil keseluruhan yang kemas dan cemerlang.

 

Previous Post

Kancil Oren Hertz

Next Post

Pegasus Close To Nature

Next Post

Pegasus Close To Nature

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved