Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Pegasus Close To Nature

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Dalam dunia ini, tidak banyak benda yang boleh mengubah norma yang biasa kita ikuti. Sebagai contoh, kalau memilih kasut ‘sneakers’, majoriti dari kita akan memilih untuk membeli jenama seperti Adidas, Nike atau Puma. Jarang yang mencari New Balance, Asics atau Fila. Dalam perihal memilih denim juga begitu, pembeli lebih menumpukan pada fesyen terbaru Levi’s berbanding Edwin.

Dunia automotif juga tidak terkecuali. Berapa ramai yang membeli sebuah Mazda 6 berbanding Accord atau Camry? Anda tahu jawapannya. Segalanya tentang norma dan kebiasaan. Kerana itu juga, bila bertemu Cefiro ini buat kali pertama di salah sebuah pusat aksesori di Klang, dari awal lagi kami tahu, ia sebuah kereta yang istimewa. Ia bukan sebuah kereta biasa atau Cefiro hitam yang membawa penumpang ke KLIA.

Kombinasi rim krom 19 inci dan badan hitam menyerlahkan tema VIP yang cuba dibawa. Aksesori krom pada panel badan dan juga dengan kerendahan yang begitu, hanya satu harapan saya. Harap-harap kereta ini ada sistem audio kerana hati saya meruntun untuk melihatnya dipaparkan di majalah. Sudah lama benar kami tak bertemu dengan bahan sebegini.

Sebaik bonet belakang dibuka, nah terhidang aksesori audio yang sudah dijangka. Tanpa berlengah lagi, saya terus menyusup ke dalam kabin melihat pemain unit utamanya. Di bahagian konsol tengah, padanan pemain cakera padat Alpine model 9887 dan pemain Dvd 2-din Kenwood memang cukup sesuai di situ. Keduanya datang dalam warna yang sama, hitam. Kelihatan seolah dari jenama yang sama. Apabila butang ditekan, gemaan bunyi mengisi setiap ruang dalam kereta, tenang dan mendamaikan. Sekaligus membuatkan diri rasa terlalu hampir dengan alam semulajadi.

Kedua output pemain ini diintergrasikan bersama untuk memastikan setiap media dapat berfungsi secara sendirian bagi mana-mana sistem yang dipilih. Dengan kekuatan asas yang baik, kedua-dua pemain ini disambungkan dengan kapasitor kecil dari Flux untuk menapis kuasa sebelum dihantar kepada 3 unit amplifier berbeza.

Dua unit amplifier 4 channel Pegasus digunakan untuk menguatkan output kuasa speaker bagi frekuensi sederhana dan tinggi. Amplifier pertama digunakan untuk membekalkan kuasa pada speaker pillar. Memandangkan kereta ini direka dengan sistem 3 hala, mid bass 3” Flux dipilih untuk dipadankan dengan tweeter yang juga dari Flux. Kedua-duanya dipasang dalam perumah khas dan kubah buatan custom yang cukup kemas. Malah sekali pandang, ia kelihatan seperti sesuatu yang diperbuat dari kilang Nissan.

Amplifier kedua pula dipertanggungjawabkan untuk set mid kedua. Susunan mid ini pula dibuat agak berbeza dengan setting 3 way yang biasa kita lihat. 2 unit mid bass 6” dipasangkan pada panel pintu hadapan, 2 unit lagi dipasang pada papan pembesar suara belakang. Keseluruhan set speaker ini datangnya dari jenama Pegasus.

Untuk mendapatkan bass yang padu, dua unit woofer 12” Pegasus PG30P4 dipasangkan secara terbalik dalam but belakang. Kedua-dua kubah dihalakan terus ke dinding sisi untuk mendapatkan bunyi yang ‘warm’ tapi padu. Kedua-dua woofer ini dikuasakan oleh seunit amplifier monoblok dari Pegasus.

Pemasangan begini juga memberi kelebihan ruang, sama ada untuk kargo ataupun untuk hiasan kosmetik bagi sistem audio itu sendiri. Dalam kes Cefiro ini, pemiliknya memilih untuk menayangkan aksesori yang terdiri dari amplifier Pegasus yang diletakkan dalam plastik arkilik di lantai but. Bahagian vertikalnya pula dipasangkan dengan perspek bersama lampu LED biru yang sudah pasti menarik perhatian umum bila ditayangkan di waktu malam.

Saya sebenarnya bukanlah seorang yang meminati VIP, namun kereta ini sedikit sebanyak mengubah padangan saya tentang citarasa sebuah kereta yang asalnya nampak membosankan berubah menjadi sebuah mesin yang betul-betul berbeza. Pakej audio dan VIP memang sesuatu yang boleh dipertimbangkan jika ada sebuah sedan bersaiz besar begini. Jika anda seorang peminat lumba drag atau perlumbaan jalanan, Cefiro ini tak akan dianggap istimewa, tetapi seperti yang saya katakan, jika anda inginkan sesuatu yang di luar kebiasaan, Cefiro ini adalah jawapannya.

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC

 

Previous Post

Navara Soundstream, The Power Factor

Next Post

Sistem penggera kereta dari Epsilon

Next Post

Sistem penggera kereta dari Epsilon

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved