Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kancil Oren Hertz

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

 

Industri audio mencakupi pelbagai bidang, persekitaran dan kelas yang tersendiri. Peralatan aftermarket yang dibina sentiasa lebih baik dari yang sebelumnya dan kejituan teknologi menjadikan produk audio semakin murah di pasaran. Persaingan antara jenama juga menyebabkan pengeluar terpaksa berdepan dengan kerenah pengguna yang semakin rumit, memilih dan fakta harga tadi menjadi percaturan penting sebelum mana-mana produk audio diperkenalkan di pasaran.

Kebanyakan pengedar tempatan gemar menjenamakan semula produk luar dan menggunakan jenama mereka sendiri (house brand). Sudah tentu ia adalah pilihan mutlak peniaga dan kos pengeluaran dapat diminimumkan serendahnya. Namun begitu, cabaran utamanya ialah membina jenama, membuat branding yang berkesan, promosi dan sudut lepas jualannya yang lebih mencabar. Meyakinkan pengguna dengan ‘jenama-yang-tak-pernah-dengar’ juga bukanlah perkara yang mudah dan tak hairanlah ada yang bungkus sebelum sempat masuk ke pasaran seluruh negara.

Berbeza dengan jenama popular seperti Hertz. Di kalangan peminat audio, ia antara jenama luar yang masih mampu dimiliki berbanding model premium yang lain. Kami berkesempatan membuat liputan sebuah lagi kereta demo yang dibina oleh pengedarnya di Malaysia.

Kereta Kancil ini telah dibina semula dengan gaya tersendiri. Pembinanya memilih sebuah kereta Perodua Kancil model terakhir keluaran tahun 2004 dengan bertemakan warna rasmi tanda perniagaan Hertz, oren dan hitam. Fasa pertamanya ialah menggunakan warna asas tadi dan melengkapkannya dengan pelekat HERTZ di kedua-dua belah sisi sebagai tanda pengenalan.

Kancil ini lebih menumpukan pada nilai estetik dan penambahan komponen yang lebih ke arah fungsi. Langkah pertama yang dibuat ialah menempatkan sebuah pemain utama 2-din. Jika anda tanya pada saya sama ada memilih pemain Dvd entry level siri Sony XAV atau dari model pelbagai fungsi dari jenama yang tak dikenali, maka saya akan pilih Sony. Walaupun asas, ia mempunyai binaan berkualiti, tahan lasak dan pemotongan frekuensinya tepat.

Pemasangan seterusnya ialah seunit amplifier kelas D 4 saluran yang diguna untuk menguasakan set mid range yang dipasangkan pada bahagian kabin dan juga panel belakang. Ianya terdiri dari set speaker jenis komponen di bahagian depan DSK165.3 dan juga set speaker coaxial Hertz di belakang. Tidak mengharapkan bunyi nyaring semata-mata, seunit woofer 10” Hertz DS38.3 yang dikuasakan seunit amplifier monoblok Hertz 1D melengkapkan keseluruhan kombinasi bunyi tadi.

Kemasan yang ringkas pada sebuah kereta demo lazimnya memberi impak besar pada sistem penjurian misalnya. Apatah lagi dengan kerja balutan dan trim penuh dibuat pada bahagian dalamannya yang mencakupi penggunaan tona warna menarik. Garisan warna oren dan peach lembut membalut kesemua bahagian kerusi dan panel pintu. Papan pemukanya juga tidak dibiarkan kosong sebaliknya mendapat salutan sempurna.

Saya yakin kerjatangan ini dilakukan oleh installer yang mahir unutk mendapatkan kemasan yang sempurna. Setiap inci bahagian diperbaharui, set amplifier dan woofer juga disimpan kemas dalam kotak yang dilitup khas perspeks jernih lantas memberikan aura elegan setiapkali peralatan dalam but ini dipertontonkan.

Kadangkala jumlah peralatan audio sahaja tidak menjanjikan hasil akhir yang cemerlang. Kombinasi talaan, corak pemasangan dan kesempurnaan pemasangan yang buat orang lebih tertarik.

Previous Post

Majalah Kar HiFi #105

Next Post

Navara Soundstream, The Power Factor

Next Post

Navara Soundstream, The Power Factor

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved