Acara ini telah dibuat pada 2015 selama 4 tahun dan kini kembali dengan diberi nama Mini Night Gathering Pahang Honda Community Vol.1 2019. Diadakan pada 5 Oktober lalu di Serambi Teruntum di Kuantan, acara ini dianjurkan Pahang Honda Comnunity dengan kerjasama dari HCTeaM, Platinum Oil Indera Mahkota. Acara ini turut menerima sokongan penuh Honda Day Malaysia, Majlis Perbandaran Kuantan dan Kospec.


Tujuan acara ini diadakan adalah untuk mengetengahkan lagi PHC, sebuah komuniti yang aktif dalam dunia permotoran sekali gus mempromosikan aktiviti-aktiviti akan datang. Dihadiri seramai 600 orang peserta, acara ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran jemputan khas seperti Honda Day Malaysia, Kanjozoku Motorsport, Zalpro serta kelab-kelab Honda.


Acara yang berlangsung dari pukul 6.00 petang sehingga 11.30 petang ini berjalan lancar dengan sokongan barisan penaja yang terdiri dari Kanjozoku Motorsports, Flowers majesti, kustom printing, Restorans Nasi Kukus Iman dan Zalpro. Selain itu, acara ini juga diberi pilihan sebagai penutup rasmi “Road Tour Honda Day 2019″.


Pihak PHC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kelab-kelab hadir serta kru-kru yang terlibat yang telah memberi sokongan penuh. Antara kelab-kelab yang terlibat memeriahkan lagi acara ini adalah;
1. CFDC
2. HCTTG Eastern Crew
3. Accord G7 Pekan
4. HCOC (Owner)
5. GD8 Malaysia
6. MYODYSSEY PAHANG
7. Mystream Club
8. TeamES
9. FDMC
10. MHCC
11. HBOC (BRV Club)
12. CFBM
13. GM2 Malaysia
14. PCFC
15. GM6 Society
16. SIXGEN
17. F3GKD
18. GM2 MALAYSIA ( pahang )
19. HCT page ( Malaysia Crew )
20. Ek4door






































