Sempena sambutan Hari Sukan Negara yang lalu telah berlangsungnya program permotoran Gathering Audioshow Autoshow yang diadakan penuh meriah di UKM Bangi. Program anjuran bersama Kelab Sukan UKM dan KL Audio Team yang diadakan pada 13 Oktober ini berjaya menarik penyertaan para pencinta dunia permotoran khususnya yang meminati modifikasi kereta bukan sahaja dari golongan otai malah mendapat sambutan dari golongan anak-anak muda.


Suasana meriah sepanjang program berlangsung di mana para peserta turut mengambil peluang ini beramah mesra di antara satu dengan lain, malah ada yang berkesempatan meninjau dan melihat jentera-jentera yang turut menyertai program ini. Tapak program ini kelihatan berwarna-warni dengan kereta-kereta yang dimodifikasi dengan cukup unik dan kreatif, hasil kreativiti para peserta.

Pelbagai kategori disediakan pihak penganjur, antaranya seperti Open Sport Car, Open Nasional Car, Open Modified Malaysia Car, Open Import Car, Open Mpv/Suv/Van, Perodua Std Modified, Proton Std Modified. Manakala untuk segmen Audioshow, sebanyak 6 kategori disediakan iaitu 2 woofer PA newbies Std, 2 woofer PA Newbies Modified, 2 Woofer PA Std, 2 Woofer PA Modified, 4 Woofer PA Open dan 6 Woofer PA Open. Ini diikuti dengan segmen Gathering Car Club, Gathering Community Car Club, Pilihan Juri Car Club & Community Gathering dan Best Of The Best.

Program yang turut mendapat sokongan tajaan dari beberapa jenama terkenal seperti Kings Lubricants, WrapXpert, TEE Pro dan banyak lagi ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Food Truck yang menyediakan hidangan makanan yang lazat. Pihak penganjur tidak melupakan golongan kanak-kanak yang dibawa bersama oleh ibu bapa masing-masing dengan menyediakan permainan seperti rebut gula-gula dan juga mewarna.





























































































