Dianjurkan Kementerian Pelancongan (Tourism Terengganu) dan dibawah pengurusan Carroof Motorsport, Caller Ganu Meet Autoshow 2019 ini diadakan pada 21 September lalu di perkarangan Muzium Negeri Terengganu. Acara ini adalah gabungan pameran kereta koleksi peribadi (pengumpul anak jati Terengganu) dan kereta-kereta Olskool 3 negeri pantai timur; Terengganu Olskool Community (GANOS), Olskool Pahang Community (OSPAC) dan Olskool Kelantan Community (OSKEC).

Selain pameran kereta-kereta lama, pelbagai aktiviti lain turut disediakan pihak penganjur bagi memeriahkan lagi suasana dan menarik kehadiran para pengunjung. Antara aktiviti yang disediakan termasuk audioshow, pertandingan mewarna, mendayung perahu kolek, cabutan bertuah dan macam-macam lagi. Berkonsepkan Pameran Kereta Rakyat, tiada pertandingan autoshow sebaliknya ia sebagai satu penghargaan kepada para pemilik jentera lama dan memberi ruang kepada orang ramai melihat kereta-kereta unik dan antik ini.
Perkongsian : Nik Tajul









































































