Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Mengukuhkan Kedudukan Syarikat, Menyediakan Khidmat Lebih Baik Kepada Pelanggan

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-10-26
in BULETIN, UTAMA
0


Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM), sebuah syarikat bersekutu antara Sime Darby Motors dan SISMA Auto adalah satu-satunya pengimport dan pedagang berdaftar bagi kenderaan Jaguar dan Land Rover di Malaysia. JLRM merancang untuk menyatukan dan memperkukuhkan pengendalian perniagaan runcit mereka di dalam negara sebagai sebahagian daripada perancangan memajukan keupayaan servis dan perkembangan jenama tersebut untuk jangka panjang.

Perancangan ini bakal menyaksikan perolehan aset dari Sime Darby Auto Connexion dan SISMA Auto berikutan gabungan pusat operasi perniagaan berpusat pengedar Jaguar dan Land Rover di Ara Damansara, Selangor. Premis di Ara Damansara merupakan fasiliti 4S Jaguar Land Rover terbesar di Asia Tenggara. JLRM juga bakal beroperasi untuk jualan runcitnya di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.

Menurut Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan JLRM, pelaksanaan penggabungan akan meletakkan syarikat dalam kedudukan yang lebih kukuh dalam menyediakan khidmat kepada pelanggan di samping mengoptimumkan kos runcit dan perdagangan termasuk perbelanjaan.

“Gabungan ini bakal menjadi langkah yang positif ke arah pengendalian kecekapan yang lebih baik dan peningkatan perkhidmatan premium yang akan menjamin peningkatan jangka masa panjang syarikat. Langkah penggabungan ini akan memanfaatkan pengalaman luas dan kepakaran yang kami kumpulkan selama beberapa dekad ini. Ia juga bagi mengukuhkan pelaksanaan proses dan memberikan nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan kami,” tambah beliau.

JLRM berharap agar gabungan ini mampu untuk memaksimumkan pengalaman pelanggan, yang membezakan mereka dengan syarikat pesaing. Dikombinasikan dengan inisiatif digital, perancangan baharu syarikat untuk melabur terhadap teknologi bakal meningkatkan penggunaan penyelesaian digital dalam beberapa tahun lagi bagi menyempurnakan kapasiti servis bertujuan mewujudkan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk para pelanggan.

Gabungan di antara Sime Darby Motors dan SISMA Auto turut meletakkan pengalaman lebih 60 tahun dalam perniagaan Jaguar dan Land Rover. Kedua-dua pihak telah mendapat pengiktirafan terhadap prestasi hebat mereka, dinobatkan dalam pelbagai kedudukan tertinggi dalam Retailer of the Year Award 2020/21 di atas perkhidmatan dan dedikasi yang cemerlang terhadap para pelanggan.

Lebih banyak perkhidmatan dan kemudahan yang mewah di bilik pameran JLRM akan dinikmati para pelanggan. Fasiliti seluas 167,586 kaki persegi di Ara Damansara boleh menempatkan kenderaan baharu dan juga kenderaan terpakai Jaguar Land Rover di bawah satu bumbung, memberikan para pelanggan pilihan yang lebih banyak dan lebih nilai.

JLRM bakal meneruskan pelaburan dalam latihan untuk meningkatkan Juruteknik Master Level 4 dan Juruteknik Teknologi Kenderaan Elektrik bertauliah untuk bagi memastikan para pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik untuk kenderaan mereka. Penasihat Jualan dan Perkhidmatan juga akan dilatih secara khusus selaras dengan standard Jaguar Land Rover agar pelanggan kekal yakin dengan pemilikan kenderaan mereka.

Program jangkauan perkhidmatan juga akan diperluaskan ke wilayah selatan di Johor Bahru, di samping mengekalkan liputan di bahagian utara melalui premis di Pulau Pinang.

Para pelanggan juga boleh menjangkakan pelancaran model baharu dalam masa terdekat seperti SUV berprestasi mewah berwajah baharu; Jaguar F-PACE dengan reka bentuk bahagian dalam dan luar serba baharu, sedan eksekutif Jaguar XF berwajah baharu; SUV berprestasi elektrik pertama Jaguar; Jaguar I-PACE, Land Rover Defender 90 dan Range Rover serba baharu.

Previous Post

Hanya Pernah Bergerak Sejauh 17km, Dari Kedai Pengedar Ke Garaj!

Next Post

SDAC-Ford Raikan Trak Gaya Hidup Dengan Ekspresi Jenama Baharu

Next Post

SDAC-Ford Raikan Trak Gaya Hidup Dengan Ekspresi Jenama Baharu

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved