Kar Hifi
Parasol
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

SDAC-Ford Raikan Trak Gaya Hidup Dengan Ekspresi Jenama Baharu

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-10-28
in BULETIN, UTAMA
0

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini memperkenalkan jenama positioning baharu – Live the Ranger Life (Jalani Kehidupan dengan Ford Ranger) – yang meraikan evolusi Ranger menjadi sebuah trak pikap moden pada hari ini.

Intipati jenama baharu itu merangkumkan nilai dan persona Ranger yang telah mengalami transformasi sejak dahulu, daripada sebuah trak untuk tujuan kerja kepada kenderaan yang mampu memenuhi setiap keperluan dan pilihan gaya hidup semua kelompok pelanggannya.

Ramai mengagumi gaya hidup Ranger yang cukup terkenal, ia seperti mengumpulkan individu yang berpandangan serupa dan berkongsi minat serta nilai-nilai sama dalam kehidupan. Sejak bertahun-tahun lamanya, Ranger telah membina satu bentuk keinginan dan aspirasi dalam kalangan pemilik trak.

“Live the Ranger Life merupakan satu ekspresi tepat dalam menunjukkan bagaimana Ranger bukan sekadar kenderaan utilitarian. Malah, ia kini menjadi peneraju sebagai sebuah trak yang versatil dan premium. Trak pikap ini dibeli atas sebab gaya hidup dan keinginan orang ramai untuk memilikinya. Pelanggan yang memilih untuk membeli Ranger bukan sekadar tujuan kerja, tetapi untuk tujuan riadah dan keluarga. Terima kasih kepada kekukuhan Ford Ranger, keupayaan kejuruteraan, teknologi pintar, kabin mewah dan ciri kenderaan penumpang yang ada padanya,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, Turse Zuhair.

Menghidupkan intipati jenama
Lima elemen utama yang memacu prinsip dalam mengekspresi gaya hidup dan semangat “Live the Ranger Life” dihasilkan menerusi satu kaji selidik pelanggan di peringkat global yang dijalankan oleh Ford di semua pasaran: “We Make Our Own Fun” (keseronokan memandu dan menjalani kehidupan), “Up and Over” (meredah cabaran), “Bring Others Along the Journey” (keluarga dan rakan-rakan), “Can’t Help but Help” (membantu orang lain) dan “Carve Our Own Path” (menjadi berani dan hidup tanpa kerisauan).

“Lima nilai ini menyerlahkan tentang cara pemilik dan mereka yang ingin memiliki Ranger menjalani kehidupan mereka. Mereka sentiasa terbuka terhadap pengalaman baru. Mereka tidak takut mendepani cabaran, bukan sahaja di atas jalan atau off-road, malah dalam kehidupan seharian. Mereka juga sentiasa mencari jalan untuk menyumbang kembali kepada komuniti dan menyokong golongan yang memerlukan. Dalam apa jua yang dilakukan, mereka ada matlamat tersendiri,” tambah Zuhair.

Lebih banyak pilihan gaya hidup
Bagi meningkatkan fokus kepada aspek gaya hidup, SDAC kini bersedia untuk melancarkan kedai Lifestyle Ford Merchandise (Barangan Gaya Hidup Ford) dalam laman web e-dagang miliknya.

Bagi menawarkan pengalaman pembelian yang lancar, pelanggan boleh melihat barangan-barangan yang ditawarkan dan membuat pembelian secara atas talian dengan care pembayaran yang diingini seperti perbankan dalam talian, kad debit dan kredit atau e-dompet pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Pembeli juga boleh memilih untuk menghantar barangan ke destinasi yang diingini.

Satu lagi program menarik yang pertama dalam segmen trak pikap tempatan bakal dilancarkan dalam beberapa bulan lagi, nantikan maklumat lanjut sedikit masa lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh Live the Ranger Life dan menerima tawaran terkini di bawah ekspresi jenama baharu ini, sila layari laman web www.sdacford.com.my atau ikuti Facebook, Instagram dan saluran YouTube Ford Malaysia.

Previous Post

Mengukuhkan Kedudukan Syarikat, Menyediakan Khidmat Lebih Baik Kepada Pelanggan

Next Post

Lebih Banyak Pilihan Untuk Peminat SUV, Ditawarkan Pada Harga RM161,913.99

Next Post

Lebih Banyak Pilihan Untuk Peminat SUV, Ditawarkan Pada Harga RM161,913.99

CAPAIAN

  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved