Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Hanya Pernah Bergerak Sejauh 17km, Dari Kedai Pengedar Ke Garaj!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-10-25
in BULETIN, UTAMA
0


Selalu sangat kita lihat kereta-kereta yang sepatutnya seronok meratah aspal mahupun belukar tersadai sebaik sahaja sampai ke tangan pemiliknya. Kalaulah kereta ini jenis boleh bercakap, tentu banyak benda yang mahu diluahkannya. Kenapa kewujudannya disia-siakan dan hanya disimpan dalam garaj? Mujurlah garaj, ada yang pernah ditemui berkarat di tepi-tepi jalan. Rugi!

Usia Honda CR-X ini sudah pun melebihi 30 tahun dan melihat nombor yang dicatatkan atas odometer, ia hanya pernah bergerak sejauh 17 km. Jauh lagi jarak dari rumah sehingga ke tempat kerja penulis. Tak masuk akal langsung. Jadi, apa yang terjadi sebenarnya? Apa kisah sebalik catatan 17 km pada odometer?

Menurut laporan Motor1 yang diperolehi dari Garagisti, CR-X 1.6i-16 dipandu dari wakil pengedarnya Santomar Honda di Lisbon menuju ke garaj peribadi dan kekal di situ berdekad-dekad lamanya sehinggalah ditemui baru-baru ini. Satu kerugian apabila memikirkan tayarnya tidak berpeluang bergolek atas tanah selama ini. Kan?

Malah, menurut laporan yang sama, dokumen dari pengedarnya masih lagi ada bersama-sama penanda yang dikeluarkan oleh kilang termasuklah di bahagian tayarnya. Melampau atau tidak, bila ada yang mengatakan minyak yang diisi oleh pihak kilang Honda lebih 30 tahun dahulu masih ada dalam tangki. Apa yang baru sahaja ditambah adalah cecair brek dan juga bateri. Wow!

Sebagaimana yang boleh dilihat menerusi gambar-gambar yang disediakan, bahagian eksterior masih lagi cantik macam langsung tidak dijilat cahaya matahari kerana masih lagi berkilat. Bahagian sunroof juga kelihatan seakan baru. Tidak banyak beza dengan bahagian interior.

Dengan keadaan yang masih sempurna, berapa harga yang bakal diletakkan oleh peminat kereta Honda atau komuniti kereta klasik? Berapa anda sanggup bayar untuk bawa kereta ini balik ke rumah?

Sumber : Motor1 / Garagisti

Previous Post

Dilengkapi Pelbagai Ciri Sebenar Yang Berfungsi Dengan Baik

Next Post

Mengukuhkan Kedudukan Syarikat, Menyediakan Khidmat Lebih Baik Kepada Pelanggan

Next Post

Mengukuhkan Kedudukan Syarikat, Menyediakan Khidmat Lebih Baik Kepada Pelanggan

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved