Stadium Perbandaran Pasir Gudang telah menjadi sebahagian lipatan sejarah yang penting khususnya untuk para pemilik kereta Vios apabila terpilih menjadi lokasi berlangsungnya Malaysia Vios Gathering 2019 pada 30 Mac yang lalu. Dianjurkan oleh Carculture, acara ini turut mendapat liputan dari pihak media seperti majalah Kar Hifi dan Gallery Gila Kereta.


Dimulakan seawal 10.00 pagi, para pemilik kereta Vios ini mula membanjiri tapak acara lebih awal lagi. Suasana meriah semakin dirasakan dengan kehadiran para peserta yang bersemangat bersama Vios masing-masing. Bagi menghangatkan lagi program perhimpunan ini, pelbagai pertandingan telah disediakan seperti CC Award ~ Vios Orga (1|2|3), CC Award ~ Vios Dugong (1|2|3), CC Award ~ Vios Keli (1|2|3), Thailook concept, Jdm concept, Carbon look, Interior, Stance & fitment, Stock, Engine, Wheel, Colour, Exterior, CC Award ~ Best club dan CC Award~ Toyota Vios Malaysia.


Selain berpeluang mempamerkan kehebatan jentera masing-masing, para peserta yang hadir pada program kali mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dan secara tidak langsung, merapatkan lagi ukhwah di antara satu sama lain. Ada juga yang berkongsi dan bertukar-tukar pendapat tentang modifikasi yang dilakukan ke atas kereta Vios masing-masing. Diharapkan kemeriahan penganjuran program ini diteruskan dengan lebih banyak pengisian di masa akan datang.



























