Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Pinky Toyota Hilux Mighty

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Semasa wakil Kar HiFi yang bertugas membuat liputan penganjuran VIP Car Southern 7 sempena Motor Show Hatyai 2018 yang lalu, beliau terserempak sebuah pikap yang diubahsuai dengan cukup unik. Apa yang menarik perhatian, pikap ini berwarna pink sekali gus memberi nafas baru dan tampil lebih menyeronokkan. Pasti ada tahu pikap asal Toyota Hilux Mighty, bukan? Kalau anda masih ingat, versi asal Toyota Hilux Mighty tampil lebih ganas dan lasak. Bersesuaian dengan namanya tetapi apabila melihatkan pikap Pinky ini, ia kelihatan lebih comel dan agak bersifat lembut.

Tanpa membuang banyak masa, beliau telah mengambil peluang untuk bertanyakan pemiliknya tentang pikap Pink keluaran Toyota ini. Beliau bernasib baik kerana pemiliknya bukan sahaja sudi berkongsi cerita malah memberi izin kepada wakil kami untuk mengambil gambar dan disiarkan dalam majalah Kar HiFi. Seperti yang para pembaca sedia maklum, industri audio dan modifikasi di Thailand dipenuhi dengan pengubahsian yang bukan sahaja unik tetapi juga berani. Lihat sahaja pikap ini yang sengaja direndahkan berbanding keadaan asalnya.

Hanya mahu dikenali sebagai May, pemilik pikap ini tidak lokek bercerita tentang sistem audio yang melengkapi Toyota Hilux Mighty kepunyaannya. Boleh dikatakan, kebanyakan jenama audio yang dipasangkan pada sistem audio pikap ini kurang dikenali di Malaysia. Perlu diingatkan bahawa pikap ini datang dari Thailand dan banyak jenama audio di sana yang mempunyai reputasi tersendiri. Namun begitu, demi menyempurnakan sistem audio untuk pikapnya, May turut menggunakan beberapa jenama audio terkenal lain termasuk JVC, Alpine dan Clarion.

Sistem audio pikap ini dimulakan di bahagian kabin, dengan menggunakan pemain utama KD-DV8305 dari jenama JVC. Sebanyak dua unit pemain utama digunakan dan pemain yang kedua pula adalah dari jenama Alpine. Manakala bagi membantu meningkatkan kualiti isyarat yang dihasilkan dari kedua-dua pemain tadi, May telah memasang seunit pre-amp dari jenama Clarion. Ketiga-tiga unit audio ini seperti yang diketahui, mempunyai reputasi tersendiri dalam dunia audio dan sering menjadi pilihan para penggemar tegar audio.

Seterusnya, isyarat yang telah dipertingkatkan kualitinya ini disalurkan kepada dua unit amplifier dari jenama Judge Audio yang terdiri dari seunit amplifier 2 channel dan seunit amplifier 4 channel. Seunit amplifier 4 channel Judge Audio berfungsi untuk menguasakan sebanyak 8 unit mid 6” dari Nuclear Loudspeakers dan 8 unit dome tweeter. Kesemua barisan speaker ini telah dipasangkan secara menyeluruh dalam pikap ini. 2 unit mid dan 2 unit dome tweeter dipasangkan di kedua-dua belah panel pintu. Diikuti dua unit mid dan dua unit dome tweeter dipasangkan di kedua-dua belah dinding di bahagian belakang tempat duduk penumpang. Bagi menyempurnakan sistem audio pikapnya, May telah memasangkan dua unit woofer 12” dari ADX yang dipacu oleh seunit amplifier 2 channel Judge Audio tadi.

Keunikan pikap ini bukan sahaja pada cara atau sistem audio yang melengkapinya, malah pengubahsuaian yang bukan biasa-biasa. Kedua-dua unit amplifier tadi telah dipasangkan di atas atap. Pelik bukan? Lebih menarik lagi, May telah mengubah bukaan pintu yang sengaja dibuka secara terbalik. Begitu juga dengan penutup hud depan. Pikap Toyota Hilux Mighty keluaran tahun 1997 ini dicemerlangkan lagi dengan penggunaan sport rim 18jj jenama Lenso. Usaha May dalam mengekalkan dan mengubahsuai sebuah pikap berwajah baru seharusnya dipuji. Memang hebat!

Previous Post

Malaysia Vios Gathering 2019

Next Post

Mini Lepak Santai Permotoran Utara sempena sambutan Hari Malaysia 2018

Next Post

Mini Lepak Santai Permotoran Utara sempena sambutan Hari Malaysia 2018

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved