Pasukan HI-REV Dream Chaser membawa pulang kemenangan berganda pada hujung minggu lalu apabila memenangi tempat pertama dan ketiga di Malaysia Championship Merdeka Race 2020 menerusi kategori SP1. Pasangan adik beradik Bradley Anthony (18 tahun) dan Brendan Anthony (23 tahun) bersaing menggunakan jentera Honda Civic Type R dalam kategori S Production 1.
Ini merupakan perlumbaan sulung Bradley dalam kategori S Production 1 di mana beliau menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ketiga. Manakala Brendan pula memulakan Perlumbaan 2 di tempat ketujuh secara keseluruhannya, kemudian di tempat ketiga di pusingan pertama dan mendahului perlumbaan. Brendan seterusnya meneruskan perlumbaan sehingga tamat sekali gus membawa kemenangan berganda dalam kejohanan yang dikuasakan oleh HI-REV.