Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Leona’s New Quest Pegasus

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Agak pelik tengok kereta yang asalnya dibina untuk lumba drift, tiba-tiba bertukar menjadi kereta demo sistem audio. Ia seperti Sylvester Stallone tiba-tiba berlakon menjadi si lembut ataupun seperti Axl Rose menyanyi lagu dangdut. Memang nampak tak betul tapi tidak mustahil boleh terjadi. Pada tahun 70’an dulu pun, kumpulan rock KISS pernah buat lagu rentak disko jadi ini bukti tidak ada benda yang mustahil boleh berlaku di muka bumi ni.

Jadi bila kereta Nissan 180SX milik drifter wanita tersohor tanah air, Leona Chin diubah menjadi kereta demo sistem audio, kami mulanya agak tercengang dan terkejut. Walaupun kereta ini sesuai dipaparkan untuk sudut modifikasi tetapi ada baiknya kita lihat dari perspektif pengubahsuaian audio pula.

Bagi siapa yang masih belum kenal siapa Leona Chin, beliau ialah drifter wanita dengan pengalaman luas di dalam bidang sukan permotoran. Selain daripada berlumba, beliau juga ialah tenaga pengajar wanita tunggal untuk High Performance Club dan Lotus Club Malaysia. Oh! Tak lupa juga, selain daripada bakat memandunya yang luar biasa, beliau juga dianugerahkan dengan rupa paras yang jelita di mana beliau pernah dinobatkan sebagai antara 50 wanita tercantik oleh majalah Female.

OK, mari kita kembali kepada topik sebenar, iaitu sistem audio kereta ni pula. Seperti yang diberitahu awal-awal tadi, kereta yang digunakan ialah kereta drift beliau. Setelah ruang dalaman kereta ini dipasang semula dengan trimming OEMnya semula, proses naik taraf sistem audio ini pun dimulakan oleh pihak Sound Quest Audio, salah satu penaja pasukan lumba Leona Chin.

180SX ini dipasang dengan pemain utama Blaupunkt Miami 100 dengan fungsi memain-semula sumber audio dari USB. Seterusnya, pemain utama tersebut disambung kepada seunit alat digital signal processor buatan Pegasus siri PGP dengan keupayaan equalizer 7 band. Isyarat bunyi yang keluar dari processor tersebut dihantar kepada tiga unit amplifier yang diletak di dalam bonet belakang kereta ini.

Amplifier pertama ialah dari siri Pegasus PGA1004 yang menghantar isyarat bunyi kepada 4 unit speaker komponen Pegasus PG515 yang dipasang pada pintu hadapan. Amplifier ini mempunyai fungsi empat saluran, jadi tiap-tiap speaker tersebut mendapat kuasa secara tunggal tanpa perlu berkongsi dengan speaker lain.

Di bahagian but belakang kereta ini ialah tempat di mana aksi sebenar berlaku. Bahagian but 180SX ini dipenuhi dengan perumah custom yang dibalut dengan vinil berwarna merah menyala. Di dalamnya ialah empat unit subwoofer 10” Pegasus PG1016 dan empat unit lagi speaker komponen Pegasus PG515.

Sekali lagi, amplifier Pegasus PGA1004 digunakan bagi menghantar kuasa kepada speaker komponen Pegasus Pegasus PG515 yang mampu memberikan bunyi mid range dan high range yang cukup baik bagi sistem jenis SPL ini.

Bagaimanapun, Sound Quest memilih cara yang agak sedikit pelik bagi menghantar kuasa kepada empat unit subwoofer kereta ini. Lazimnya, bagi subwoofer, amplifier pilihan ialah dari jenis monoblock, iaitu amplifier yang hanya mempunyai satu channel yang menghantar isyarat secara mono kepada subwoofer. Mengapa? Fungsi subwoofer sebenarnya hanyalah satu – menghasilkan bunyi frequensi rendah atau bass semaksima dan sebaik yang mungkin. Isyarat bunyi lain diberikan pada speaker lain seperti mid bass dan tweeter, yang perlukan isyarat stereo dari amplifier bagi berfungsi dengan baik.

180SX ini pula menggunakan amplifier PGA1004 dengan empat channel stereo bagi menghentam subwoofer yang dipasang. Walaupun ia di’bridge’, ia tidak mampu menghasilkan bunyi seperti apa yang boleh dihasilkan dari amplifier monoblock. Tetapi, ini tidak bermakna ‘setup’ begini tidak mahu menjanakan bunyi bass yang baik, cuma bassnya di dalam bentuk stereo dan bukannya mono.

Hmm, agak menarik jika kereta ini dibawa masuk ke litar drift lengkap dengan sistem audionya sekali. Boleh drift dengan lagu background ‘Mighty Wings’ dari kumpulan Cheap Trick (memang saya suka lagu rock old skool hahaha).

Previous Post

Penerima Siri-Z Baharu Pioneer Mengubah Pengalaman Dalam-Kereta Untuk 2020 dan Selanjutnya dengan Skrin Besar dan Audio Canggih

Next Post

Sistem audio kenderaan pacuan 4 roda!

Next Post

Sistem audio kenderaan pacuan 4 roda!

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved