Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Penerima Siri-Z Baharu Pioneer Mengubah Pengalaman Dalam-Kereta Untuk 2020 dan Selanjutnya dengan Skrin Besar dan Audio Canggih

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-14
in BULETIN, UTAMA
0

BANGKOK, SINGAPURA, JAKARTA, Indonesia, 22 Februari 2019 /PRNewswire/ — Pioneer Electronics Asia Centre, peneraju bagi audio kereta selepas jualan, hari ini mengumumkan lima penerima multimedia baharu: DMH-ZS8250BT 8-inci, AVH-Z9250BT dan AVH-Z7250BT 7-inci, AVH-Z5250BT 6.8-inci dan AVH-Z2250BT 6.2-inci. Rangkaian penerima baharu ini membawakan pengalaman Apple CarPlay™, Android Auto™[1] dan WebLink™ kepada setiap pemandu, menawarkan prestasi audiovisual unggul, ketersambungan telefon pintar yang lebih baik dan ciri-ciri kemudahan baharu.

“Pemandu-pemandu masa kini menjalani kehidupan yang lebih pantas dan memerlukan lebih banyak kualiti dan kemudahan daripada sistem hiburan dalam kereta mereka, maka kami mereka bentuk barisan penerima multimedia 2020 kami khusus untuk memenuhi keperluan berkenaan,” kata En. Ronald Lee, Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pemasaran, Pioneer Electronics Asia Centre. “Ciri-ciri hiburan kereta premium seperti Apple Carplay dan Android Auto kini disediakan dan boleh diakses oleh pemandu-pemandu kereta menggunakan penerima multimedia siri-Z baharu, berserta ciri-ciri kemudahan dan prestasi audio luar biasa yang sudahpun diketahui dan digemari oleh pengguna-pengguna Pioneer.”

TINGKATKAN HIBURAN ANDA DENGAN CARA ANDA MENERUSI DMH-ZS8250BT
Penyertaan baharu ke dalam keluarga siri-Z ialah DMH-ZS8250BT, penerima berkualiti terbaik yang memberikan paparan 8-inci besar yang direka untuk menyediakan pemandu dengan pengalaman tontonan yang besar, mudah dibaca dan mewah. Navigasi, komunikasi dan menikmati hiburan menjadi jauh lebih mudah dan hasil daripada skrin sentuh kapasitif True Colour 24-bit, pemandu-pemandu dapat menikmati pengalaman tontonan beraneka dan berinteraksi dengan kandungan pada skrin dengan mudah.

Meskipun direka khusus untuk kemudahan pemanduan, DMH-ZS8250BT juga mudah dipasang – reka bentuk baharu yang inovatif membolehkan pemandu-pemandu memasang penerima dengan konfigurasi tunggal, berganda atau tanpa-DIN dengan penyusunan modular baharu.

DMH-ZS8250BT menerobos sempadan bukan sekadar pada kualiti paparan dan kemudahan pemasangan, tetapi juga prestasi audio. Ia menampilkan komponen audio baharu, menggunakan Kapasitor Berbilang-Lapisan Polimer dengan kapasitans tinggi yang premium, papan litar direka semula dengan bahagian impedans rendah, litar isyarat audio terlindung dan penukar digital-kepada-analog yang lebih baik. Kesemua ini diterjemahkan kepada peningkatan luas dalam kualiti audio, mencipta bunyi khusus dengan trebel yang lebih luas dan lebih jelas, bass lebih mendalam dan kurang herotan berbanding yang dimiliki oleh industri. Tahap bunyi yang lebih luas ini juga membolehkan pemandu-pemandu menyesuaikan output audio melalui penyama grafik 13-jalur penerima dengan cara yang jauh lebih mendalam dan lebih tepat berbanding yang dapat dicapai sebelum ini.

CIRI-CIRI HIBURAN, KETERSAMBUNGAN DAN KEMUDAHAN BAHARU UNTUK 2020 DAN SELANJUTNYA
DMH-ZS8250BT dan penerima Siri-Z baharu Pioneer yang lain iaitu AVH-Z9250BT, AVH-Z7250BT, AVH-Z5250BT dan AVH-Z2250BT didatangkan dengan semua keperluan yang dicari-cari oleh peminat kereta pada produk premium. Sebagai permulaan, ia membawakan Apple CarPlay, Android Auto dan WebLink, antara muka baharu yang membolehkan pemandu-pemandu berinteraksi dengan aplikasi, media dan hiburan pada telefon mereka terus pada paparan penerima.

Ciri-ciri ini disokong oleh antara muka pengguna Pioneer yang diperbaharui, yang bertindak sebagai gerbang sempurna kepada kemudahan dan hiburan yang unggul. Pengalaman pengguna baharu ini menampilkan elemen-elemen boleh disesuaikan dengan ikon-ikon lebih besar, seraya menawarkan pemandu-pemandu dengan cara yang lebih intuitif untuk berinteraksi dengan penerima mereka.

Di bawah hud, teknologi-teknologi canggih oleh Pioneer membawa ciri pemanduan yang lancar, mudah dan menghiburkan ke peringkat seterusnya. Dengan ciri pengesanan sambungan kabel automatik baharu, pengguna-pengguna boleh menghubungkan telefon mereka dengan mudah kepada penerima tanpa sebarang penyusunan. Di samping itu, teknologi-teknologi Bluetooth terkini membolehkan pemandu-pemandu untuk membuat pendaftaran awal sehingga 20 telefon pada AVH-Z9250BT (lima pada siri-Z Pioneer yang lain), dengan sehingga tiga telefon pada sambungan sepenuh masa serentak dan beralih antara sumber secara mudah dengan hanya satu ketikan.

Penerima-penerima ini menyokong ciri-ciri kemudahan dan keselamatan pada kereta-kereta terpilih termasuk kawalan roda stereng pembelajaran disesuaikan, input kamera dan garis panduan bantuan meletak kenderaan.
Ciri-ciri audio yang diketahui dan digemari oleh pengguna-pengguna Pioneer turut disediakan termasuk Penyama Grafik 13-Jalur, Penjajaran Masa Auto dan ciri-ciri EQ (CD-MC20 diperlukan), Tetapan Pelintas serta perisian peningkatan audio penerima kembali bunyi termaju baharu daripada Pioneer.

Dengan lima model unik penerima multimedia menerusi barisan siri-Z baharu, pemandu-pemandu boleh meyakini bahawa sentiasa terdapat produk Pioneer untuk memenuhi keperluan mereka. Penerima-penerima baharu ini akan tersedia melalui pengedar-pengedar sah Pioneer di Singapura dan Thailand pada bulan Februari dan Mac untuk Malaysia, Indonesia, India, Filipina dan Vietnam.
Imej-imej produk beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini:
https://www.dropbox.com/sh/d3plb0b16jutmed/AACEeRXKrFnZBbvemr9aVHsCa?dl=0
Untuk maklumat terkini tentang produk-produk ini, sila layari halaman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/

Catatan tambahan:

i. Jangan gunakan sistem Pioneer anda semasa memandu sekiranya ia akan menjejaskan keselamatan anda. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu memandu mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian terpakai, ia mestilah dipatuhi.
ii. Spesifikasi dan ciri-ciri produk mungkin berbeza mengikut kawasan. Untuk maklumat lanjut, hubungi pengedar sah tempatan Pioneer anda.
iii. Penerima Multimedia Pioneer serasi dengan telefon pintar Android dan iPhone tertentu sahaja.
iv. Apple CarPlay melalui sambungan USB tanpa wayar dan berwayar memerlukan iPhone 5 atau yang terkini yang beroperasi menggunakan iOS 7.1 atau lebih tinggi serta Lightning kepada kabel USB. Untuk maklumat ketersediaan di negara anda, sila kunjungi http://www.apple.com/ios/carplay/.
v. Fungsi Bluetooth® memerlukan peranti didayakan Bluetooth yang serasi. Ciri-ciri Bluetooth mungkin tidak disokong oleh semua peranti didayakan Bluetooth yang serasi, atau mungkin terhad kepada peranti tertentu atau syarikat telekomunikasi tanpa wayar tertentu.
vi. Pioneer tidak menjamin keserasian dengan semua peranti storan besar USB dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada pemain media, telefon pintar atau peranti lain semasa menggunakan penerima tersebut.
vii. Android Auto memerlukan peranti Android yang beroperasi menggunakan Android 5.0 (Lollipop) atau lebih tinggi dengan pelan data. Ketersediaan Android Auto mungkin berbeza bergantung kepada negara anda dan model telefon. Sila kunjungi http://www.android.com/autountuk maklumat lanjut.
viii. Berhubung USB Type-C™ – pemandu perlu menghubungkan telefon kepada penerima yang mempunyai ciri-ciri main balik media Android dan kawalan melalui AOA dan/atau MTP hanya menggunakan CD-CU50, kabel USB Type-A kepada USB Type-C™ yang diperakui (sebaik-baiknya ukuran panjang kurang daripada 1 m) atau melalui kabel sambungan Type-A yang dibekalkan oleh Pioneer. Dalam sesetengah keadaan, membuat sambungan dengan kabel USB Type-C konvensional mungkin tidak berfungsi.
ix. Android dan Android Auto ialah tanda dagangan Google Inc.
x. Apple, iPod, iPhone, Siri, CarPlay dan logo CarPlay ialah tanda dagangan Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain.
xi. BLUETOOTH ialah tanda dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc.
xii. WebLink ialah tanda dagangan berdaftar Abalta Technologies.
xiii. Semua jenama lain, nama produk atau logo mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam audio visual kereta. Pioneer menyasarkan untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan yang utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang bersifat inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.PioneerCarEntertainment.com.
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20190201/2363414-1-a
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20190201/2363414-1-b
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20190201/2363414-1-c
Logo – https://photos.prnasia.com/prnh/20180717/2188977-1LOGO

Previous Post

Air Spencer

Next Post

Leona’s New Quest Pegasus

Next Post

Leona’s New Quest Pegasus

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved