Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kemerduan Adams Digital

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Saya tidak pernah jumpa seorang manusia yang begitu bersungguh merealisasikan impian semata-mata ingin melihat hasil seninya terpapar di majalah. Baik perbezaan bangsa dan jantina, umur dan geografi, peminat ICE sebenarnya hanya sebahagian kelompok kecil industri automotif. Tetapi apa yang dilakukan sendiri oleh Kamal pada Myvi ini membuka minda saya bahawa minat ICE betul-betul mampu mengubah manusia!

Kereta ini telah memasuki pengubahsuaian pertama beberapa tahun lepas. Ketika itu, sistem audionya hanya berkisar tentang sebuah amplifier, beberapa speaker dan woofer kecil dalam but. Badan kereta juga tidak diusik sangat, sekadar set rim 17 inci dan juga ruang dalaman dengan dekorasi ringkas.

Kemunculan majalah ini memberi inspirasi kepada Kamal. Apatah lagi dengan beberapa contoh ekstrem yang ditonjolkan, Kamal mula membuat percaturan sistem yang beliau ingini. Setelah mengambilkira pandangan installer, sistem dan juga kajian beliau sendiri, beliau mengambil keputusan untuk merombak apa yang telah dibuat pada keretanya sebelum ini. Bukan sahaja ICE malah keseluruhan bentuk kereta ini, harapan beliau agar dapat melihatnya dipaparkan di dada Kar Hifi.

Rombakan pada sistem awal menyaksikan kesemua bahagian hud ditanggalkan termasuk tayar ganti. Kamal telah memilih pihak Car Fans Accessories di Seksyen 23, Shah Alam untuk memasang dan membina keseluruhan sistem dalam ruang kargo. Kemasan awal ialah pemilihan peralatan yang terdiri daripada jenama Adams Digital. Ianya melibatkan tiga unit amplifier, sepasang mid coaxial 6 x 9”, 2 unit set speaker komponen, 1 unit woofer 12 inci dan juga dua unit kapasitor digital.

Adams Digital dengan sistem talaan SQ? Bukannya tidak ada, cuma jarang. Dengan talaan SQ ini, Kamal sekali lagi bermain dengan eksperimentasi dan membuktikan, produk Adams Digital mampu ditala dengan apa juga jenis talaan termasuklah SQ. Tidak percaya? Cuba perhatikan, satu per satu. Di akhir nanti, jenama Adams Digital tidak kurang hebatnya dengan jenama yang sinonim dengan talaan SQ seperti Audison dan sebagainya.

Bagi mendapatkan kemasan yang sempurna, pemasangan perkakasan ini dibuat dengan meninggalkan ruang untuk simpanan barang. Amplifier 2 channel Adams Digital ADM1000T dan woofer Adams Digital EDM1204 dipasangkan di lantai kargo dengan dilindungi papan arkilik. Speaker board dari bahan plastik telah digantikan dengan arkilik jernih. Setiap unit perkakasan seperti kapasitor Adams Digital MCAP2.5 dan tweeter Adams Digital dipasangkan dengan kemas dan teliti. Bukan itu sahaja, ia berfungsi dengan begitu baik sekali.

Sistem audio kereta ini dibaca menerusi pemain 2 din DVD Pioneer AVH-P4250DVD. Ia antara pemain dengan skrin sesentuh paling maju pernah dikeluarkan Pioneer beberapa tahun lalu. Pemilihan seterusnya ialah AD3980, crossover elektronik yang menapis frekuensi mid dan tinggi untuk speaker komponen 6.5” Adams Digital ADC6500 di bahagian panel pintu. Speaker komponen ini dan juga tweeter tadi telah dipacukan oleh seunit amplifier 4 channel Adams Digital AD-100.4TX. Manakala, 2 unit speaker coaxial yang diletakkan di bahagian belakang dipacu oleh amplifier 2 channel Adams Digital AD-100.2TX.

Seperti yang anda biasa lihat pada Myvi, kereta ini tidak didatangkan dengan speaker pintu dalam keadaan asal. Sebaliknya speaker hadapan diletakkan di atas sudut papan pemuka yang cuma bersaiz 4 inci. Justeru, memasang set komponen di hadapan memerlukan kerja custom tambahan. Berita baiknya, setelah lebih 5 tahun Myvi di pasaran, kit pembesar suara pada panel pintu ini sudah boleh diperolehi dengan mudah dan murah.

Integrasi sistem ICE kereta ini sebenarnya tertumpu pada sistem SQ dalaman yang sederhana. Seperti yang saya nyatakan di awal artikel tadi, Kamal telah membina semula kereta ini dari awal. Tatkala duduk di dalamnya, tidak ubah seperti dihidangkan dengan petikan gitar dan piano dari pemain profesional yang bermain di sebelah telinga.

Jika anda cukup kagum dengan kemasan ruang butnya, bahagian kabin kereta ini ternyata lebih anggun daripada mana-mana Myvi yang pernah kami paparkan. Kerja-kerja membalut semula lelangit bumbung, lantai kereta, trim pintu dan kesemua kerusi kenderaan bukan hanya melibatkan soal duit. Ia turut menggabungkan tema yang bersesuaian dengan hasil akhir yang tertera dalam blueprint projek. Kamal memilih konsep mewah jenama Louis Vuitton yang menyaksikan logo-logo LV kecil bertebaran di bahagian kabin. Kerusi kereta ini merupakan gabungan fabrik dan PVC LV yang jarang sekali lihat.

Papan pemuka kereta ini telah dikemaskan dengan konsol bawah dari Passo. Kedudukan gear di lantai telah diubahsuai ke bahagian kolum stereng yang merupakan ciri standard bagi kereta asal Daihatsu Boon dan Toyota Passo dengan transmisi automatik. Ia bukan sahaja praktikal, malah menjadikan ruang letak kaki lebih luas.

Myvi ini boleh diistilahkan bukan hanya sebuah kereta dan hobi. Ia adalah gabungan minat, kesabaran dan kesungguhan seorang anak muda yang amat berdedikasi. Jika konsep yang sama diterjemahkan dalam kehidupan, maka kereta ini boleh dianggap sebagai individu yang berjaya dan bergaya!

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Previous Post

Asia GT Festival

Next Post

Lepak Santai Permotoran Utara Pesta Angin Timur Perlis 2019

Next Post

Lepak Santai Permotoran Utara Pesta Angin Timur Perlis 2019

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved