Jualan global Chery pada Oktober 2022 telah mencapai 132,828 kenderaan (+50.4% berbanding Oktober 2021, atau YoY), menjadikannya bulan kelima berturut-turut di mana jualan bulanan syarikat melebihi 100,000 unit. Pencapaian tersebut melonjakkan jualan global Chery bagi 10 bulan pertama 2022 kepada 1,026,758 unit (+38.8% YoY) – kali pertama jualan tahunan Chery mencecah 1,000,000 unit, mengatasi rekod 961,926 unit yang dicapai bagi seluruh 2021.
Tiggo 8 dan Tiggo 7 menerajui pencapaian tersebut dengan jualan global sebanyak 159,500 unit dan 134,900 unit masing-masing dari Januari hingga Oktober, manakala prestasi syarikat di Amerika Selatan, Timur Tengah dan rantau-rantau lain terus maju.
Di Brazil, Chery telah menjual 29,854 unit setakat tahun ini, menguasai 2.38% pasaran dan menempatkannya di kalangan 10 jenama kenderaan terlaris. Didorong oleh populariti siri Tiggo, sedan Arrizo 6 – pemegang Anugerah Nilai Jualan Semula Terbaik – turut menarik minat para pengguna Brazil.
Di Timur Tengah pula, Chery mencatat peningkatan dari segi jualan serta reputasi jenama – Tiggo 8 Pro telah menerima pujian daripada media terkemuka sebagai “revolusi baharu yang dibawa ke pasaran kenderaan Qatar”, dan telah memenangi gelaran “Perintis Terpintar”.
Prestasi cemerlang jualan global Chery bukan sahaja akibat kekuatan dan kualiti produk terkini, tetapi juga kerana komitmen mendalamnya terhadap perkhidmatan pelanggan menjelang Piala Dunia. Bulan lalu menyaksikan Chery melancarkan pelbagai aktiviti global sempena acara terhangat tahun ini, termasuk menerangi mercu tanda di Qatar, Mexico dan Brazil, dan setelah acara tersebut bermula pada hujung bulan ini, cabaran TikTok ‘Play Together’ serta ‘Malam Karnival With Chery With Love’ bakal dimeriahi para peminat bola sepak dunia.