Honda Malaysia telah melancarkan Civic e:HEV RS secara rasminya untuk pasaran tempatan dan merupakan varian tambahan untuk barisan Civic yang dikuasakan oleh trenkuasa 2.0L baharu, pertama untuk model Civic dan Honda Malaysia.
Bagi menghargai kejayaan Civic generasi kesebelas ini, Civic e:HEV RS menyertai barisan model e:HEV Honda termasuk City, City Hatchback dan All-New HR-V. Awal tahun ini, kehadiran Civic generasi kesebelas dialu-alukan ke pasaran Malaysia. Model ini mendapat sambutan yang amat baik dari para pengguna di mana hampir terjual sebanyak 7,000 unit sekali gus mengekalkan posisi teratas dalam segmennya dengan 81% syer pasaran.
Honda Malaysia memperkenalkan trenkuasa 2.0L e:HEV buat pertama kali seterusnya meningkatkan teknologi Hybrid. Trenkuasa e:HEV ini menggabungkan dua motor elektrik yang membekalkan prestasi yang berkuasa dan mengujakan untuk pemanduan harian sebuah kereta Hybrid. Dipadankan dengan e-CVT (Electric Continuously Variable Transmission) dan IPU (Intelligent Power Unit).
Secara ringkasnya, prestasi trenkuasa 2.0L e:HEV ini sangat mengagumkan, menjanjikan pemanduan yang menggembirakan menerusi output kuasa maksimum 184PS dan tork 315Nm, tiada bandingan dalam segmennya dan setanding model segmen-D.
Civic e:HEV RS kekal menggunakan gaya RS dengan penambahan Chrome Ring Insert Headlight dan Front Grille, Black Half Chrome Door Handle serta Blue H Mark unik juga emblem e:HEV yang didatangkan eksklusif untuk semua varian Civic e:HEV RS. Selain itu, varian ini juga dipasangkan Dual Tone Alloy Wheels 18-inci dan Single Tailpipe Finisher.
Manakala bahagian interior, Honda Malaysia memperkenalkan Meter TFT Penuh 10.2 inci buat pertama kali bersama dengan ciri-ciri terkini yang diperkenalkan seperti pengecas tanpa wayar dan Key Card yang kedua-duanya unik untuk Civic e:HEV RS. Kompak dan mudah, Key Card ini direka eksklusif untuk mendekati kawalan tanpa kunci sekali gus satu langkah lebih maju dalam barisan teknologi yang ditawarkan Honda.
Civic e:HEV RS turut dilengkapi dengan Advanced Display Audio with Wireless Apple CarPlay™. Satu lagi ciri unik varian e:HEV RS ini ialah Power Flow Display yang menyokong pemanduan eko-mesra dengan menunjukkan pengaliran tenaga dalam kereta. Pemapar ini berubah mengikut masa sebenar status pemanduan dan diakses menerusi pemapar audio untuk visual pengaliran tenaga yang lebih baik.
Beralih kepada keselesaan pemanduan untuk pemandu dan juga penumpang, beberapa peningkatan telah dilakukan kepada Noise, Vibration and Harshness (NVH) Civic e:HEV RS di mana Active Noise Control (ANC) berfungsi bersama Active Sound Control (ASC) untuk mengurangkan bunyi bising dari luar sementara mempertingkatkan bunyi enjin dalam memberikan pengalaman pemanduan yang mengujakan.
Sebagaimana model Honda yang lain, Civic e:HEV RS juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan Honda SENSING seperti;
1. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
2. Lead Car Departure Notification (LCDN)
3. Road Departure Mitigation System (RDM)
4. Adaptive Cruise Control (ACC)
5. Low Speed Follow (LSF)
6. Lane Keep Assist System (LKAS)
7. Lane Departure Warning (LDW)
8. Forward Collision Warning (FCW)
9. Auto High Beam (AHB)
Ciri-ciri lain juga tidak terkecuali untuk Civic e:HEV RS ini seperti Honda LaneWatch, Walk Away Auto Lock, Remote Engine Start, Rear Seat Belt Reminder dan Driver Attention Monitor.
Honda CONNECT merupakan teknologi inovatif yang mengaplikasikan Telematics Technology pintar memberikan faedah berganda untuk Keselamatan, Sekuriti dan Kemudahan. Fungsi Telematics Technology dalam Honda CONNECT ini termasuk Vehicle Diagnostics, Remote Applications, Security Applications, Vehicle Tracking and Support Services.
Ditawarkan dalam beberapa pilihan warna iaitu Ignite Red, Meteoroid Gray, Platinum White Pearl dan Crystal Black Pearl. Harga yang ditawarkan (on-the-road) adalah sekitar RM166,500.00*. Bagi maklumat lebih lanjut, para pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 102 wakil pengedar Honda seluruh negara atau hubungi talian bebas Honda 1-800-88-2020 atau layar www.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch.