Diadakan pada 6 November lalu, acara ini merupakan program pertama dianjurkan sejak Labuan Car Audio Blasters (LCAB) ditubuhkan iaitu sekitar tahun 2018. Antara objektif utama penganjuran program Labuan Car Audio Blasters Family Day ini adalah untuk mengisi masa lapang yang ada bersama ahli-ahli kelab dan juga keluarga.
Selain itu, ia juga satu penghargaan terhadap sokongan kepada ahli-ahli sebagai penggiat audio yang masih lagi bergiat aktif. LCAB sering menyertai pelbagai program dalam arena audio kereta khususnya yang diadakan di Labuan dan juga Sabah. Malah, LCAB akan terus membawa nama Labuan sebagai salah satu kelab yang menyokong penuh segala usaha semua pihak demi hobi yang dicintai.
Diharapkan setiap ahli kelab dapat menempuh segala dugaan bersama-sama dengan cukup baik, sama-sama belajar dan memperbaiki ‘setup’ jentera masing-masing. Biarpun ‘pelan-pelan’ kayuh, yang penting tetap jadi. Semoga lebih banyak program dan aktiviti yang akan disertai LCAB di masa akan datang!
#labuancaraudioblasters #staylowprofile
Perkongsian – Salleh Turbokid