Sebelum membeli sebuah kereta, sistem audio pasti bukan menjadi keutamaan. Ada yang tidak ambil pusing pun tentang sistem audio yang ada didatangkan dalam sebuah kereta. Setakat boleh memainkan media, itu sudah cukup bagus. Kalau ada yang minat pula, mereka punya pilihan lain untuk menambah baik sistem audio atau menukar sahaja kepada sistem yang lebih baik mengikut citarasa masing-masing.
Salah satu perkara penting dalam pembinaan sebuah sistem audio yang baik adalah penggunaan kabel RCA berkualiti. Kebanyakan kabel RCA yang ada dalam kereta yang baru dikeluarkan dari kilang bukanlah tidak bagus, cuma pada tahap standard sahaja. Sekiranya anda inginkan sistem audio dengan kualiti bunyi yang bagus dan dilengkapi beberapa speaker atau woofer, maka ia adalah penting untuk mendapatkan kabel RCA yang bermutu tinggi.
Terdapat pelbagai jenama yang menawarkan kabel RCA di pasaran dan salah satu darinya adalah Aura Dynamics. Selain kabel RCA yang terdiri dari kabel RCA AC, RCA AD dan RCA AP, pelbagai aksesori audio lain turut ditawarkan Aura Dynamics seperti kabel penyambung audio stereo, terminal bateri negatif/positif, blok fius AFC dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Tong Lin Trading Sdn Bhd
No.69, Jalan 10/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur.
No Tel : 03 – 9285 6605 / 1371
Emel : [email protected]
Facebook : https://www.facebook.com/tonglintradingsdnbhd/