Bermula dari 11.00 pagi dan berlanjutan sehingga 10.00 malam, berlangsung hampir 12 jam ini dimeriahkan dengan penyertaan para peserta yang juga peminat dunia modifikasi permotoran. Autoshow Kaki Event ini dianjurkan Free Wings Family dan diadakan pada 27 Oktober lalu yang bertempat di Tesco Station 18, Ipoh di negeri Perak.


Acara yang turut mendapat tajaan dari Pulzar, Kakimotor, Delone Sticker dan juga pasaraya Tesco ini disertai oleh para peminat modifikasi permotoran yang bukan sahaja dari kawasan sekitar Ipoh, malah ada yang datang dari Kuala Lumpur dan juga Melaka. Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM70 dan perlu dibayar sebelum 18 Oktober.


Sebanyak dua segmen telah disediakan oleh pihak penganjur sepanjang berlangsungnya acara ini iaitu Autoshow dan Audioshow. Pelbagai kategori yang dipertandingkan untuk kedua-dua segmen ini. Bagi segmen Autoshow, sebanyak 6 kategori telah disediakan iaitu Proton Standard Modified, Proton Modified, Perodua Standard Modified, Open Sticker, Open Extreme dan Car Club Gathering.


Manakala untuk segmen Audioshow pula, para peserta berpeluang menyertai 3 kategori iaitu 3 woofer audio PA, 3 woofer audio PA dan 4 woofer audio PA. Selain itu, para peserta yang bertuah juga membawa pulang hadiah-hadiah istimewa untuk kategori terbaik seperti Best Exhaust, Best Sport Rim, Best Sticker, Best Bodykit, Best Modified, Best Lighting, Best Color, Best Engine Bay, Best Interior dan Best Sport Car.


































