Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Myvi Ultimate bukan Altimet!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-11-25
in BULETIN, SHOW OFF
0


Sebuah lagi kereta Myvi. Satu lagi sistem audio yang bukan biasa-biasa dalam sebuah penampilan yang biasa. Kalau dilihat pada senario hari ini, tidak banyak kereta yang dipasangkan sistem audio dengan serius. Kebanyakan sistem audio yang ada hanyalah semata-mata untuk memenuhi kriteria dalam pemarkahan pertandingan autoshow. Berbeza dengan sepuluh tahun dahulu, bersepah kereta-kereta dengan sistem audio yang memang dibina khas untuk audio. Jenama yang digunakan pula bukan calang-calang dan mengikut jenis talaan. Itu dulu…

Sekarang bukan tak ada, cuma jarang-jarang ada. Mungkin sudah tidak ramai penggemar audio yang mahu menyertai pertandingan seperti dahulu dan lebih menumpukan masa untuk perkara-perkara penting yang lain mengikut keutamaan masing-masing. Kalau dulu masa bujang memang senang. Buat apa pun tiada yang larang. Bila dah berkahwin dan ada anak, bukan setakat kena bawa berbincang tetapi juga kena fikir banyak. Tambah pula, kedai-kedai aksesori dan pemasang sistem audio pun tidak sibuk seperti dulu yang sentiasa sesak dengan pencinta audio tanpa mengira waktu.

Generasi pencinta audio kereta pelapis tidak kurang juga hebatnya. Kalau mereka baru berjinak-jinak dalam modifikasi audio ini lima atau enam tahun lepas, hari ini mereka telah pun mahir dan berpengetahuan cukup luas. Mungkin ada di antara mereka yang sudah pun beberapa kali melakukan modifikasi terhadap sistem audio yang dibina dalam kereta masing-masing dan tidak kurang juga menyertai pertandingan. Antara generasi pelapis pencinta audio adalah pemilik Myvi ini, saudara Low Jia Hao atau Low ini.

Berasal dari Bagan Serai di Perak, pemuda yang berusia 27 tahun ini mula terjun dan bergiat aktif dalam dunia audio kereta ini sejak 6 tahun yang lepas. Ketika itu, dunia audio masih lagi meriah dengan pelbagai penganjuran pertandingan samada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Hampir setiap hujung minggu pula, ada sahaja pertemuan anjuran kelab-kelab yang mengadakan demo sistem audio. Peluang ini digunakan oleh pemilik kereta untuk menguji kehebatan sistem audio masing-masing. Saya pasti, aktiviti ini masih ada diadakan tetapi tidak sehebat dulu.

Walaupun tidak semeriah dahulu tetapi usaha pengamal dan peminat audio perlu diberikan pujian. Disebabkan usaha yang tidak pernah putus, industri audio kereta masih mampu bernafas. Bezanya, kebanyakan modifikasi audio yang dilakukan hanya sebagai pelengkap untuk memenuhi syarat. Namun, tidak untuk kereta Myvi kepunyaan Low. Kalau dilihat dari luar, mungkin tidak ramai yang dapat menjangkakan Myvi ini juga dipasangkan dengan sistem audio yang lengkap dan menganggap ia sebagai satu lagi kereta kompak yang dimodifikasi dari segi prestasi dan penampilan.

Selain warnanya yang memikat, Myvi ini dilengkapi dua binaan sistem audio. Satu di bahagian hadapan untuk dalam kereta dan kedua, dipasangkan di bahagian bonet untuk capaian audio menyeluruh khususnya untuk bahagian belakang. Bagi menyempurnakan sistem audionya, Low telah menyerahkan tanggungjawab itu kepada Pang MLK Car Accessories & Air Cond. Tidak banyak digunakan untuk sistem audio di bahagian hadapan yang dibina di bahagian kokpit pemandu.

Hanya seunit pemain utama Pioneer DEH-80RS digunakan untuk memacu 2 unit tweeter dan 2 unit mid bass. Bagi makluman anda, pemain utama keluaran Pioneer ini merupakan rangkaian digital 3 hala yang boleh disambungkan sehingga 3 amplifier (external) dan setiap satunya mampu menguasakan frekuensi tinggi, sederhana dan rendah. Di sini, Low sudah menjimatkan banyak perbelanjaan dan sistem ini pula menjadi pilihan untuk layan lagu yang lebih santai. Tidak serumit sistem audio yang dipasangkan dalam perumah khas yang ditempatkan di bahagian belakang.

Bagi memuatkan sistem audio yang seterusnya, Low telah mengorbankan seluruh bahagian penumpang di belakang dan menempatkan barisan amplifier yang bertugas untuk memacu gugusan speaker yang ditempatkan dalam perumah khas. Apa yang uniknya di bahagian ini, pemasang telah meletakkan sebanyak 6 unit kipas untuk menyejukkan amplifier dari jenama E Ultimate Audio. Mungkin tidak ramai di antara anda yang mengenali jenama ini tetapi ia bukanlah satu jenama yang baru dan pernah beberapa kali memasuki ruang Show Off dalam majalah Kar HiFi.

Sistem audio kedua ini dimulakan dengan pemain utama Pioneer DEH-X9650SD dan hasil isyarat yang telah diproses di sini dihalakan pula kepada seunit crossover electronics 5 way (5 hala) dari jenama Taramps, CRX5 Plus. Jenama dari Brazil ini berfungsi untuk mengasingkan frekuensi tinggi, sederhana dan rendah pada jumlah yang tepat seterusnya memacu tweeter, mid dan woofer. Crossover ini dibantu pula oleh 3 unit pre-amp 7 band E Ultimate Audio UTM-700 yang menguasakan sebanyak 6 unit amplifier yang terdiri dari 2 unit amplifier monoblock, 3 unit amplifier 2 channel dan seunit amplifier 4 channel.

Laluan pertama dari seunit pre-amp 7 band tadi digunakan untuk menguasakan 3 unit amplifier 2 channel yang terdiri dari 2 unit amplifier E Ultimate Audio dan seunit amplifier 2 channel Lanzar Opti Drive 500.2. Kedua-dua unit amplifier 2 channel ini bertugas untuk memacu 8 jenis PA mid yang dipasangkan dalam perumah khas yang dibina di bahagian belakang. Seunit amplifier 2 channel Lanzar pula digunakan untuk memacu 2 unit high mid E Ultimate Audio yang ditanamkan dalam sebuah lagi perumah khas yang dilekatkan pada penutup bonet.
Seterusnya, laluan kedua yang terdiri dari seunit pre-amp 7 band yang menguasakan seunit amplifier 4 channel E Ultimate Audio. Amplifier ini pula berfungsi untuk memacu 2 jenis tweeter; 4 unit tweeter E Ultimate audio dan 2 unit super tweeter juga dari E Ultimate Audio. Bagi melengkapkan sistem audio kedua Myvi ini, Pang MLK telah memasangkan sebanyak 6 unit woofer E Ultimate Audio yang dipacukan oleh 2 unit amplifier monoblock dari E Ultimate Audio.

Kalau berpeluang bertemu kereta Myvi ini di mana-mana, anda pasti sudah maklum dengan sistem audio yang dibawanya. Bukan altimet tetapi ini sistem audio yang memang ULTIMATE!

Previous Post

Autoshow Kaki Event

Next Post

Lampu kereta VLand

Next Post

Lampu kereta VLand

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved