Mungkin tidak ramai yang mengambil berat tentang lampu utama kereta dan mudah berpuas hati dengan cahaya yang disuluh, yang penting dapat melihat keadaan jalan di hadapan. Selagi tak terbakar, selama itu juga tiada usaha untuk memantau keadaan lampu kereta. Ada yang langsung tidak mempedulikan samada lampu itu boleh dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain dan keadaan ini boleh mendatangkan bahaya. Lebih menyedihkan, air bertakung dan perumahnya pula sudah kelabu menyebabkan lampu yang simbahan cahaya yang disuluh tidak terang.

Berlainan pula dengan golongan yang peka dan tahu tentang kepentingan lampu utama kereta ini. Bukan sahaja untuk lampu utama di bahagian hadapan, malah lampu di bahagian belakang juga sama penting fungsinya khususnya ketika berada dalam keadaan gelap. Ada juga yang mengikuti rapat perkembangan terkini yang dibanjiri pelbagai jenis model yang ada di pasaran antaranya seperti lampu pencahayaan tradisional, versi lanjutan optik dan banyak lagi.

Bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada para pemilik kereta, Mzone Trading Sdn. Bhd. telah membawa masuk lampu-lampu kereta (headlamp, tail lamp) jenama VLand yang cukup popular di negara China, negara-negara Asia Tenggara, Rusia, Timur Tengah dan banyak lagi. Berikut beberapa model yang ditawarkan oleh VLand untuk pelbagai model kereta termasuk Honda Jazz, Honda Accord, Honda Civic, Toyota Vios, Perodua Alza, Perodua Myvi, Perodua Axia. Proton Waja, Proton Wira, Proton Saga FLX dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Mzone Trading Sdn. Bhd.
No. 5, Jalan BP 5/8, Bandar Bukit Puchong,
47120 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 8063 3115/6
Emel : mzoneauto@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100009621908380
Shoppe : https://shopee.com.my/vland.os












