Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Beetle Dominations

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-11-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Kereta ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Kalau nak tahu bab asal-usulnya, mana-mana artikel berkaitan Volkswagen pasti akan diceritakan bersama sejarah kereta ini. Namanya Beetle, kereta ini unik kerana tidak ada kereta sebelum dan selepasnya direka sebegini rupa. Walaupun dilihat pada perspektif rekabentuk hari ini, Beetle tetap sebuah kereta yang aneh rekaannya. Nak panggil apa ni? Hatchback? Coupe? Sportster?

Fakta tentang kereta yang dianggap aneh ini sudah berulangkali dikongsi bersama khususnya di ruangan Show-off ini, tapi rasanya tidak salah kalau diulang sekali lagi. Secara tidak langsung, memperkuatkan ingatan pembaca sekalian dan dalam masa sama, ingatan saya sendiri. Maklumlah, kalau dah terlalu banyak sangat fail dalam simpanan, berhabuk juga. Jadi, tidak salah digilap sekali sekala.

Kembali kepada sejarah kereta Beetle, ia digelar kereta rakyat pada zamannya. Kerangkanya tidak berkarat kalau pandai menjaganya. Tapi kalau difikir-fikirkan, bukan Beetle sahaja yang berkarat kalau tidak dijaga. Semua kereta pun boleh hancur waima Lamborghini sekalipun kalau tidak cermat dalam penjagaannya. Enjin Beetle ini duduknya di belakang, ringkas dan tidak perlu radiator. Asalkan semua rakyat Jerman boleh miliki seorang sebuah, kereta ciptaan Sir Ferdinand Porsche ini menepati matlamat Jerman yang bercita-cita menjadi kuasa dunia pada awal kurun lalu.

Memasuki kurun ke-21, Beetle menjadi kereta kegemaran pengumpul kereta klasik seluruh dunia. Alat-alat gantinya mudah dicari, semudah mencari alat ganti Perdana. Tinggal pilih saja nak gred yang macam mana? Pendek kata, kereta koleksi ini tidak ada masalah langsung untuk direstorasi. Restorasi atau modifikasi? Sama saja. Tinggal pilih saja.

Pemilik kereta ini kalau tidak sebaya, mungkin hampir sama umurnya dan cukup berpengalaman dalam selok-belok Beetle. Yang pasti, ini bukan Beetle pertamanya. Ada banyak lagi koleksi beliau tetapi ini satu-satunya Beetle yang mengaplikasikan konsep ICE yang agak menyeluruh. Pemain yang digunakan dalam sistem kereta ini ialah Clarion HX-D1, bunyinya agak asing bagi peminat SQ kerana pada tahap ini, pemain aktif yang lebih terkenal ialah Pioneer P80RS2. Walaupun kemampuannya jauh lebih baik dari P80RS, D1 kurang dikenali kerana kurangnya unit ini di pasaran. Tetapi bagi seorang yang menggemari perincian bunyi serta sistem aktif penuh, pemilihan D1 adalah satu permulaan yang sangat sempurna untuk sebuah Beetle. Maksud saya, kereta 2 pintu dengan sistem 3 way yang mendapat isyarat tepat dari RCA yang pelbagai.

Pemain Clarion ini menghantar isyaratnya kepada pemproses Dominations sebelum diperkuatkan oleh dua unit amplifier Genesis Profile Four Ultra. Amplifier ini menghasilkan 100watt RMS pada setiap salurannya dan ianya telah digunakan sepenuhya untuk memandu semua unit speaker yang digunakan. Di bahagian hadapan ialah susunan sistem 3 way yang dipasang dengan teliti bermula pada bahagian pillar A. Speaker yang digunakan juga daripada Dominations D53 Neo. Speaker ini bertugas sebagai mid bass 3” dan bertemankan 2 unit tweeter Dominations RS.

Speaker yang bagus bukan sahaja kritikal dari segi bekalan kuasa, tetapi ia perlukan corak pemasangan yang betul supaya kesemua isyarat yang sepatutnya dimainkan dapat diekstrak sepenuhnya. Pemasangan pada Beetle ini hampir sama dengan corak pada kereta lain, tetapi kelebihan papan instrumentasi yang tirus membolehkan banyak ruang tertinggal menjadikan perumah 2 way ini direka lebih bebas. Ia tidak bergantung kepada ukuran saiz pillar sebaliknya dibina terus di penghujung posisi dashboard.

Mid bass 6” sudah tentu menjadi pasangan yang penting untuk melengkapkan sistem 3 way yang berkualiti. Pemiliknya memadankan Dominations RS6 di kedua-dua bahagian panel pintu. Sekali lagi, Beetle tidak direka dengan sistem audio, justeru itu perumah khas telah dibuat untuk memuatkan speaker ini malah ketika saya teliti betul-betul, panel speaker ini nampak macam yang asli seolah-olah ia sebahagian dari peralatan asal Beetle dari kilang!

Dengan keupayaan amplifier yang terhad, pemiliknya memilih untuk menggunakan hanya seunit woofer. Bagi sebuah sistem yang ideal, woofer 10” tunggal bukanlah pilihan yang anda mahu untuk diletakkan di bahagian belakang. tapi bagi sebuah kereta dengan enjin di belakang, tiada pilihan lain selain terpaksa mengorbankan bahagian tempat duduk penumpang (belakang).

Menerusi beberapa percubaan, posisi woofer yang paling sesuai masih kekal di bahagian kabin. Dengan ruang yang terhad, pemiliknya berjaya memasang woofer 10” di bahagian bawah dashboard berhampiran kick panel penumpang depan. Woofer ini hampir tidak kelihatan pada mata kasar. Tak perlu menunjuk-nunjuk asalkan gema bass yang dihasilkan cukup ‘luas’. Woofer tidak perlu dipaksa bekerja keras kerana posisinya sendiri memberikan kelebihan untuk menyokong sistem aktif, apatah lagi jika jajaran masanya ditala dengan betul. Anda akan dapat sistem hi-fi rumah yang sempurna di dalam kereta!

Kelengkapan audio kereta ini meliputi pemasangan ideal dan juga proses restorasi bahagian dalaman yang berjalan serentak. Komponen amplifier dihimpunkan sekaligus di bahagian papan belakang dengan perumah khas yang dibalut dengan warna kulit yang sekata. Kesemua bahagian kerusi, lantai, lelangit dan papan pemuka mengenakan tema yang sama menjadikan Beetle ini sebuah pakej retro klasik yang sangat cantik sampaikan jurugambar kami mengambil masa berjam-jam untuk menghabiskan sesi merakamkan gambarnya!

Previous Post

Mega Gath PWC 2019

Next Post

Kabel RCA Aura Dynamics

Next Post

Kabel RCA Aura Dynamics

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved