Seawal pukul 9.00 pagi, kawasan letak kereta pasaraya Econsave Pasir Putih menjadi tumpuan segenap peminat dan pemilik kereta yang mula berkumpul untuk Himpunan Kelab Kereta Autoshow Econsave. Dianjurkan oleh Group Event BKGK dengan kerjasama Persatuan Permotoran Negeri Kelantan dan Geng Kelab Kereta Utara.
Dimulakan seawal pukul 9 pagi dan berakhir sekitar pukul 7 malam, acara ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dilakukan hampir serentak di bahagian dalam dan luar pasaraya Econsave. Antara aktiviti yang disediakan di bahagian dalam pasaraya termasuk pertandingan karaoke, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan autoshow motor, derma darah dan cabutan bertuah.
Manakala di bahagian luar pasaraya Econsave telah berlangsungnya aktiviti-aktiviti seperti Car Club Gathering, Demo Type One, Autoshow, Limbo Stance, Demo split Fire, Audio DB, Demo Truck show dan juga permainan sukaneka. Demo pemasangan oleh Demo Type One menawarkan pemasangan secara percuma untuk 3 buah kereta yang terpilih. Selain itu, antara tarikan yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat dunia permotoran adalah kehadiran Kijang Putih Truck Club.
Acara diteruskan dengan permainan Car Club yang menyaksikan gelagat para peserta yang mencuit hati dalam persembahan gaya team car club (Catwalk), balut mumia, lari kingkong, belon kasih sayang dan macam-macam lagi. Sementara barisan juri meninjau dan memberi markah kepada kereta-kereta yang menyertai pertandingan, acara diteruskan lagi dengan demo Spit Fire dan cabutan bertuah yang merupakan hadiah-hadiah tajaan seperti minyak enjin Kings Lubricant, barang kesihatan G-Herbss, hamper barangan KW, barangan TypeOne dan macam-macam lagi.