Kalau percaya cinta pandang pertama, anda kena percaya ada cinta dentuman pertama. Ya, itulah kisah yang terjadi kepada Zahrul, pemilik Viva dengan sistem audio yang comel ini. Jangan tertipu dengan kecomelannya kerana Zahrul gemar dengan dentuman bass. Viva ini juga tidak kurang, bunyi bass dari sistemnya menjadi fokus utama. Bukan longgokan patung semata-mata.
Sebagaimana kebanyakan peminat modifikasi audio yang lain, Viva ini bukan satu-satunya kereta Zahrul. Beliau membina Viva ini khas untuk sistem audio. Setiap inci dibina dengan teliti dan beliau memilih talaan SPL untuk memenuhi citarasa audionya.
Nama
Zahrul Rizal Bin Abu Bakar
Kereta Pertama
Perodua Kancil
Kereta Impian
Toyota Alphard (sudah dimiliki)
Kereta
Viva
Head Unit
JVC KD-SV3305
Equalizer
1 unit Harmony HPE-108
1 unit Audio Quart AQP-778
Amplifier
1 unit amplifier Audio Quart AQ-55r
1 unit amplifier Audio Quart AQ-A3000.1D
Speaker
2 biji tweeter Audio Quart
4 biji mid 4” Thunder Audio SE-4000
2 biji mid bass 6.5” Audio Quart AQ-P688M
Woofer
2 biji Audio Quart AQ-1296
Setting
SPL
Kos Modifikasi
RM7000++
Kenangan Pahit
–
Kenangan Manis
Sepanjang berada di UITM Manjung
Lokasi Impian
Jepun
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Bunyi dentuman bass sampai ke dada
Pendorong
Kawan-kawan