Bukan satu perkara aneh atau baru untuk memanjakan kereta. Maksud manjakan kereta di sini bukan sekadar membersih atau mencantikkan semata-mata sebaliknya mengemaskini dengan kelengkapan aksesori terbaharu. Salah satu pusat aksesori yang menawarkan perkhidmatan ini adalah Sato Auto Accessories.
Berlokasi di Taman Sentosa Villa di Kajang, Sato Auto Accessories menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi menyediakan kereta anda agar tampil lengkap dengan kelengkapan terkini seperti audio dan aksesori prestasi serta aksesori keselamatan. Sekiranya anda mahu melengkapi kereta dengan sistem audio, warga kerja Sato Auto Accessories sedia memberi cadangan selain menawarkan produk audio terbaik seperti pemain android dari jenama Soundstream dan banyak lagi.
Selain itu, anda juga boleh melengkapi kereta dengan sistem keselamatan atau mencantikkan lagi bahagian interior dengan menggantikan pembalut kerusi dan pengalas kaki. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih pelbagai pilihan bodykit yang ditawarkan mengikut citarasa dan trend terkini. Sekiranya berminat untuk mencuba perkhidmatan yang disediakan Sato Auto Accessories, anda boleh berkunjung ke premis mereka hari ini.
Sato Auto Accessories (M) Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Sentosa Villa 1/1,
Taman Sentosa Villa,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 012 – 616 8530 (Chun)
Emel : [email protected]
Facebook : Sato Auto Accessories
Distributed By :
Kato Automart (M) Sdn Bhd
No 28, 30 & 32 Jalan Utama 2/16
Taman Perindustrian Puchong Utama
47100 Puchong
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-8061 1666