D’Nelayan Beach Resort Pengkalan Balak yang terletak di Melaka telah menjadi lokasi pilihan berlangsungnya program Hari Keluarga Kelab Geng Alza Semalaya untuk kali ke-3. Diadakan selama dua hari pada 15 dan 16 September yang lalu, program ini disertai ramai ahli-ahli kelab sekali gus memeriahkan lagi penganjuran bertemakan Kesultanan Melayu. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang berlangsungnya program ini termasuk aktiviti beriadah di tepi pantai dan majlis makan malam barbeku.
Setinggi ucapan tahniah diucapkan kepada kelab Geng Alza Semalaya yang sekali lagi berjaya menganjurkan aktiviti yang meriah dengan kerjasama barisan penaja seperti Boss Sky 8 Car Audio Accessories & Crew, D’Nelayan Beach Resort, Lapan Tahun Studio dan banyak lagi. Semoga banyak lagi aktiviti yang diadakan dan dalam masa yang sama mengekalkan ikatan silaturahim serta mengukuhkan lagi ukhwah di kalangan ahli-ahli kelab.