Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Axia SPL King Audio

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-10-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Semuanya bermula dari tahun 2010 dan sehingga ke saat ini, Yadin atau Muhammad Muhhiyyaddin Bin Zulkifli tidak pernah jemu melibatkan diri dengan dunia modifikasi, sama ada autoshow mahupun audioshow. Kalau dilihatkan dari penampilan Axia ini, tiada siapa yang menjangka ia juga telah menjalani beberapa kerja modifikasi. Lazimnya kereta yang dimodifikasi khusus untuk autoshow sering mengenakan pelekat bertema dan tidak kurang juga bodykit yang agak melampau bagi menarik perhatian para pengunjung. Bukan itu sahaja, penampilan yang agak unik dan kreatif ini juga mampu memberi poin yang lebih oleh juri. Tak begitu?

Walaupun sibuk berniaga, pemuda berusia 34 tahun yang berasal dari Kedah ini bijak membahagikan masa antara kerjaya dan juga minatnya terhadap dunia modifikasi kereta. Kecintaannya terhadap modifikasi dilestarikan ke atas kereta Axia manual keluaran tahun 2015 ini. Sudah mencecah usia 4 tahun, Axia ini masih kelihatan seperti baru. Itu sudah cukup membuktikan betapa teliti dan cermatnya Yadin dalam menjaga kereta kesayangannya yang tampil ringkas tetapi mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Dalam keringkasan itu, Yadin tetap melakukan beberapa modifikasi dengan menggantikan rim tayar asal dengan rim Work Emotion. Bukan itu sahaja, rim ini dipadankan pula dengan pemasangan spike lug nuts yang memberikan ciri-ciri garang dan maskulin. Malah, Yadin juga menggunakan khidmat Saiful Kechik Garage yang terletak di Pendang untuk menggantikan bodykit Axia. Anda juga boleh melihat sendiri, pilihan warna hijau yang kelihatan lebih segar telah dilayangkan ke atas kereta kesayangan milik Yadin ini yang memilih hasil kerja tangan Ah Hui Alor Setar Body Painting.

Kalau di bahagian luarnya nampak ringkas, berbeza pula keadaan di bahagian dalamnya. Yadin telah mengubah penampilan dalam Axia ini secara keseluruhannya. Dua kerusi di hadapan telah ditanggalkan dan digantikan dengan dua kerusi sport dari dua jenama berbeza; Bride dan SSCUS. Namun, kerusi penumpang di bahagian belakang tetap dikekalkan. Lebih menarik lagi, ia tidak dikorbankan semata-mata untuk memuatkan satu sistem audio yang melengkapi kriteria yang perlu ada pada sesebuah kereta modifikasi.

Berganjak ke sistem audio yang dibina pada Axia ini, Yadin telah memilih sistem SPL yang terdiri dari jenama yang kebanyakannya datang dari Thailand. Mungkin ramai masih skeptikal tentang kemampuan jenama-jenama ini kerana jarang didengar tetapi kualiti dan mutunya tidak lari jauh walaupun tak sehebat jenama high-end. Selain itu, kerja-kerja talaan dan kemahiran pusat pemasangan juga amat penting. Kalau bijak, tak payah keluarkan modal yang banyak untuk mendapat sistem talaan yang menepati citarasa seperti yang dilakukan oleh Yadin.

Dimulakan dengan pemain utama D2 Power, format media yang telah diproses telah disalurkan ke 3 unit buah pre-amp.

Kalau anda memang mengikuti setiap keluaran majalah Kar HiFi, pasti pernah terbaca tentang isu keperluan pemasangan pre-amp. Kebanyakan peminat audio tidak bersetuju dengan pemasangan pre-amp tetapi tidak kurang juga yang merasakan ia harus digunakan terutamanya untuk membantu menambahbaikan kualiti isyarat yang disalurkan oleh pemain utama tadi. Seterusnya, setiap unit pre-amp ini menyalurkan isyarat yang tepat ke beberapa unit amplifier sebelum memacu barisan speaker. Sebanyak 2 unit amplifier 4 channel dan seunit amplifier monoblock digunakan.

Amplifier 4 channel yang pertama digunakan untuk memacu sebanyak empat unit mid speaker King Audio 6” yang ditanamkan di setiap panel pintu. Seunit lagi amplifier 4 channel, digunakan untuk memacu 6 unit King Audio 6” yang dipasangkan pada sebuah perumah khas yang diletakkan di bahagian belakang Axia. Di perumah ini juga ditanamkan 2 unit tweeter King Audio yang turut dipacu dari amplifier yang sama. Bagi melengkapkan sistem audio Axia, Sound Drift & Wiring iaitu pusat pemasangan yang dipilih Yadin telah menggunakan 2 unit woofer PA dari King Audio berukuran 12” dan dipasangkan dalam satu lagi perumah khas.

Previous Post

Hari Keluarga Kelab Geng Alza Semalaya kali ke-3

Next Post

Competition Car Autoshow & Audioshow

Next Post

Competition Car Autoshow & Audioshow

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved