Kar Hifi
Parasol
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Golf GTI AD, Ini baru SQ!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Saya ada satu rahsia. Kalau anda nak tahu, Golf GTI MK6 ni adalah kereta idaman bos kami. Hahaha… setiap kali saya keluar dengan beliau dan terserempak dengan Golf, dialognya tetap sama. Kereta ini baguslah, transmisi cekap DSG lah, jimat minyak lah. Semuanya jenis ayat puji-pujian yang melimpah ruah. Tahu warna kegemaran beliau?

Merah!

Golf GTI dan warna merah ibarat Skyline GTR dengan Bayside Blue atau McLaren dengan warna perak. Ia adalah trademark dan dalam industri, banyak kereta dilabelkan dengan cara sedemikian. Namun tidak banyak yang kekal kerana warna-warna sering berubah mengikut peredaran masa ataupun pasukan pembina.

Volkswagen mensasarkan Golf MK1 hingga MK4 untuk rangkaian GTI sebagai saingan pada Civic dan Corolla versi Eropah. Tetapi bila Volkswagen melabur serius untuk merapatkan jurang antara BMW 3 series/ Mercedes C Class dengan Audi A4, ternyata Golf mendapat tempat di hati peminat sebuah hatchback kompak.

Golf adalah Golf, ia adalah hatchback 5 pintu yang direka khusus dalam segmennya yang tersendiri sejak 1974. Kalau mengikut sejarah VW, ini adalah model kedua dalam sejarah paling laris selepas kereta ikonik mereka, Beetle. Di Malaysia, kereta ini bukan sahaja dilihat berprestij, malah harganya lebih mahal dari Lexus IS250 dan sebuah sedan BMW 318i.

Gajet yang dipasangkan di bahagian dalaman juga bukanlah sembarangan. Sebagai kereta yang menepati piawaian binaan Jerman yang ketat, sumbangan pada faktor keselamatan dan kekukuhan kerangka memberi impak secara langsung kepada kepada kualiti tebatan bunyi. Kalau anda jenis telinga pendengar biasa, sistem bunyi mana-mana kereta Jerman memang lebih dari cukup. Kekedapan pintu khususnya, melahirkan bunyi yang lebih bersih berbanding sistem audio OEM kereta Jepun.

Peningkatan sistem audio pada sebuah kereta yang dah sedia bagus memang agak subjektif. Beginilah, saya pernah jumpa kereta mewah dengan sistem audio ‘aftermarket’ yang menyedihkan. Entah apa tujuan ditukar pun tak tahu. Justeru, dalam kes penaiktarafan sistem audio, Golf ini layak dipuji, pemainnya ialah Pioneer RS D7RII atau nama singkatannya P9 (atau dilabelkan sebagai DEX-P01). DEX-P01 ini adalah model JDM yang dikhususkan untuk pasaran Jepun dengan frekuensi FM terhad. Model globalnya ialah P9.

Teknologi yang dibangunkan Pioneer memang jauh ke depan dalam segmen pemain aktif. Dari P9 ini, pemproses khusus yang dikeluarkan bersamanya ialah pemproses RS-P70X. Sebenarnya ada beberapa pemproses yang dikeluarkan mengikut pasaran yang berbeza tetapi umumnya siri ini dikenali sebagai ODR atau Optical Digital Reference.

Fungsi pemproses inilah yang menjadikan pemain siri P9 sangat dihormati dalam industri. Setiap frekuensi dan lengkok gelombang ditala pada tahap sensitiviti berdigit perpuluhan paling kecil. Anda boleh bina sistem 3 hala yang mampu dikeluarkan dari pemproses ini secara pendawaian terus. Golf ini memilih untuk mengadaptasikan sistem 3 hala untuk hiburan dalaman.

Speaker yang dipilih ialah dari Audio Developement (AD). Sistem SQ tiga hala ini didahului dengan 2 unit speaker 6” AD ADMM6 yang dipasangkan pada panel pintu. Sayang betul panel pintu plastik Golf yang dikerat begitu saja. Ya tuhan! Tapi dalam teori audio, kalau nak bunyi gema terus, paling baik ialah speaker tanpa halangan. Sementara itu, 2 unit mid AD ADMM4 dipasangkan bersama 2 unit tweeter AD ADMM1 di bahagian A-pillar.

Melengkapkan dentuman bass pada keseluruhan sistem ialah woofer 12” AD ADMM12 yang dipasangkan dalam kotak tebatan penuh. Untuk penetapan sistem SQ yang unggul, woofer ini adalah kelengkapan yang boleh diharap untuk melahirkan bunyi ‘crisp’ pada muzik pop dan memendam spektrum bass lebih dalam pada muzik jenis orkestra.

Semua sistem 3 hala dan woofer tadi mendapat kuasa dari seunit amplifier sahaja. Ya. Sudah tentu ia bukan sebarang amplifier yang mampu membekalkan sejumlah kuasa konsisten tanpa mengganggu sedikitpun bibit masa setiap kali muzik dimainkan. Amplifier tersebut ialah Phoenix Gold Titanium 900.7. Jika anda biasa dengar jenama premium audio kenderaan, Phoenix Gold bukanlah sesuatu yang mahu anda beli jika sekadar menggunakan sistem berharga di bawah 5 angka.

Keseluruhan kombinasi sistem audio yang dipadankan pada Golf ini telah menukar wajah bunyi asalnya secara total. Seperti yang saya maklumkan di awal tadi, meningkatkan kualiti bunyi pada sebuah hatchback berharga lebih RM200 ribu perlukan bukan sahaja pengetahuan dan belanja yang besar. Ia adalah pelaburan yang berbaloi untuk pendengar yang inginkan kombinasi muzik terbaik pada mesin paling seronok dipandu. Sistem 3 hala premium dengan woofer tunggal dan amplifier 7 saluran, kelihatan macam membazir tetapi pelaburan sebegini jauh lebih nilai dari wang ringgit yang dibayar. Kerjatangan yang kemas, pemasangan dan pendawaian yang kompleks memberikan sebuah sistem sempurna pada kereta kesayangan? Sudah tentu!

Previous Post

Mohawk, Be The Leader

Next Post

Car Drift & Audioshow @ Karnival Ulang Tahun Bandaraya Alor Setar

Next Post

Car Drift & Audioshow @ Karnival Ulang Tahun Bandaraya Alor Setar

CAPAIAN

  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved