Baru-baru ini, kelab Supporter Attacker Crew Myvi atau SAC Myvi telah mengadakan program sambutan ulang tahun penubuhan kelab itu yang ketujuh. Program yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 13 Disember hingga 15 Disember yang lalu mendapat sambutan dan penyertaan yang cukup baik dari ahli-ahli kelab.
Sambutan ulang tahun ke-7 ini diraikan dengan penganjuran Hari Keluarga (Family Day SACMYVI 2019) yang berlangsung di Warisan Nona Homestay. Dalam masa sama, pihak penganjur yang juga merupakan ahli-ahli jawatankuasa turut mengaturkan program Fun Ride To Melaka.
Pelbagai aktiviti telah disediakan bagi memeriahkan lagi aturcara penganjuran Hari Keluarga SACMYVI di Warisan Nona Homestay yang berlangsung selama tiga hari. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan termasuk acara sukaneka pantai di mana para peserta melakukan aktiviti bersama-sama seperti tarik tali, lari dalam guni dan macam-macam lagi.
Lebih menarik lagi, para peserta juga mengambil kesempatan ini untuk mengukuhkan lagi ikatan silaturahim selain mencipta kenangan indah bersama. Para peserta juga melakukan kerja bersama-sama seperti barbeku dan menyediakan hidangan makan malam. Sebelum menamatkan program Hari Keluarga dan sambutan ulang tahun ke-7 ini, satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan.
Tahniah kepada famili SAC Myvi dan diharapkan acara serupa akan teruskan dengan lebih banyak pengisian aktiviti di masa hadapan. Sekali lagi, tahniah SAC Myvi.
Gambar oleh : Mohd Amirul