Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Dominasi Ford Ranger

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-12-24
in SHOW OFF, UTAMA
0

Perkara terakhir yang akan kita lakukan bila bercakap tentang sistem audio kenderaan ialah memilih trak pikap sebagai platform. Ia adalah mimpi ngeri bagi mana-mana installer dan penala yang sudah tentu mengakui, ia sejenis kenderaan yang bukan orang pilih untuk jadikan asas pembinaan sistem audio. Tapi bagaimana pula kalau pelanggan yang memaksa untuk sistem dalam kereta mereka? Inilah yang dihadapi oleh banyak pengusaha kedai aksesori.

Nasib baik juga, akhir-akhir ini telah muncul banyak produk berasaskan dimensi kenderaan kecil. Ia bagaimanapun memerlukan kepakaran pemasang dan penala untuk memastikan sistem tersebut berfungsi dengan baik.

Ford Ranger ini adalah salah satu contohnya. Ia milik seorang individu yang pada asalnya memang membeli trak pikap kerana kegunaan kerja. Mengangkat peralatan berat, memindahkan mesin-mesin dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur dan Selatan menjadikan trak pikap adalah alat pengangkutan paling sesuai.

Namun begitu, bila sudah terjebak dengan geng audio, masuk pertandingan dan mula ketagih, peningkatan terhadap sistem sudah tentu jadi perkara wajib dibuat. Kereta ini dibina sepenuhnya oleh pusat aksesori Cool Tint yang terletak di Puchong, Selangor.

Perkara utama yang paling kritikal sudah tentu pemain utama yang bagus. Bagi kereta ini, pemain dengan fungsi DVD dari Sony 712BT dipilih untuk mengepalai sistem. Data dan sistem yang diproses di sini kemudiannya dialirkan ke seunit pemproses isyarat digital, Venom Pandora VPR-1 MKII.
Satu saluran terus dihalakan kepada woofer jenis aktif yang memacu kuasanya sendiri. Woofer Venom Pandora 10” tersebut dipasangkan di bahagian bawah kotak glove penumpang. Menurut pihak Cool Tint, cara pemasangan ini adalah yang paling baik bagi sebuah trak. Ia mudah untuk menala pementasan bunyi yang dikehendaki.

Sistem ini disokong oleh 2 unit amplifier Dominations model ES-4100 berkapasiti 2 saluran setiap satu. Ia ditugaskan untuk mengekstrak bunyi daripada set bunyi 3 hala yang terdiri daripada mid bass Dominations ES61 di bahagian panel pintu, diikuti mid range R51 dan tweeter di bahagian panel A hadapan pikap.

Rangkaian speaker dan aksesori pada Ranger ini mungkin tidak cukup ekstensif pada mata kasar. Namun bagi pengikut setia sistem bunyi SQ, ia tentang bagaimana hentak menyusun bunyi dan frekuensi supaya mendapat latar yang harmoni.

Dari sudut luaran, ia tidak langsung menggambarkan peningkatan kualiti audio. Namun di pertandingan yang dianjurkan oleh MACE, Ranger ini telah memungut pelbagai kejuaraan di pelbagai peringkat.

Kualiti pemasangan dan hasil akhir bunyi dalam trak pikap ini membuatkan anda lupa yang ianya sebuah trak dengan ruang pemasangan yang terhad. Sekali lagi, ia adalah tentang penyusunan peralatan, komposisi dan penalaan yang betul.

Previous Post

Family Day SACMYVI 2019

Next Post

Archive : Listen Listen Listen

Next Post

Archive : Listen Listen Listen

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved